Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Say ALLAHU AKBAR!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum wbt,

Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt, kerana dengan hidayah, inayah dan kasih sayang Allah, Allah izin diri ini masih diberi peluang menumpang di muka bumi Allah. Yang paling penting, nikmat Iman & Islam yang Allah kurniakan ini wajib disyukuri.

Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarga, para sahabat Baginda, tabi'in, tabi' tabi'in dan semua yang bersungguh-sungguh menegakkan Risalah Islam di muka bumi Allah ini. Semoga Baginda Rasulullah saw ditempatkan Allah taala di Jannah Firdaus, syurga tertinggi. amiin. Antara cara-cara melahirkan kecintaan kepada Rasulullah saw ialah kita mesti mendu'akan Rasulullah saw supaya diizinkan Allah untuk mendiami syurga Allah yang tertinggi.

Alhamdulillah Allah izin hari ini dapat kenal dengan dua orang sahabat lebih rapat lagi. Dapat solat berjamaah sama, tidur bilik mereka, study sama, & share masalah & saling menasihati. Mereka ialah Atiqah & Syafiqah Abdul Razak ^_^ Mereka adalah twinkle twin, sentiasa bersinar untuk Islam inshaallah. amiin.

====== the above text had been written last Sunday. today I miss both of them, hopefully we can do our best for our PP exam tomorrow. I'm feel release by jotting down instructive note here. Alhamdulillah, this cheer me up! Nowadays, time passed rapidly. Let's beat the clock!

mode: study group memang sgt membahagiakan. mereka unique. Samalah dgn zainab last semester, bahagia sgt.. k.su jg (^_^)

Rasulullah saw said if there is nothing good to say, better keep silent! Always remember Mdm Noraini's  advice: "If you got problem, you have to share with someone!" Dear mdm, I am really2 love u fillah :) You're always in my heart :) Madam is my lecturer and Principal of Mahallah Sumayyah. Be one of Sumayyah's resident make me feel great, convenient and happy alhamdulillah!


Whatever you do, Allah is always be with you.. say ALLAHU AKBAR!



note: must always correct yourself & invite others for Allah's sake. Beware! ^_^

pen off

Wallahu a'lam.

Saturday, January 21, 2012

Sahabat yang Baik Umpama Penjual Minyak Wangi


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, rasa sangat rindu pada sahabat-sahabat saya.
Ya Allah pulihkan perasaan ini supaya rindu ini diredhai olehMu. amiin.


Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah. 

"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).


“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab


Alhamdulillah hari ini best & gilang gemilang Allah susun sebab dapat pergi kenduri walimah sahabat sekolah rendah ibn kathir ramai-ramai. Ke kenduri Rasyidah Zawawi. Siapa yang tak kenal Rasyidah? (^_^)v seorang yang sangat ceria dan menghargai sahabat. Rindunya Rasyidah!

Apa yang istimewa, kali ini bakal pergi dengan bakal-bakal pengantin baru, siti shafiqah & tengku amirah nasirah.

Bakal berjumpa dengan Hafizah Mohd (fizah) yang baru juga mendirikan masjid, Nur Hafizah Nik Mohd Hasyudeen (fizah), Nur Hafizah Azmah (Azmah), dan Noorinda (Inda).
, Nurul Hana' Imran (Hana')

Tidak dilupa juga pada mereka yang tidak berbasikal seperti Nurul Fariza (Fariza), Syatirah, Afini, Sobirah dan lain-lain (siapa lagi ya, nanti tolong2 lah inform ^^)

Kita semua sangat rapat sejak kecil, hampir 6 tahun berbasikal pergi dan pulang dari Sekolah Ibn Kathir (Kampung Changkat, Gombak) setiap hari bersama dengan adik beradik masing-masing. Duduk di kawasan perumahan berdekatan memudahkan urusan kita untuk 'merayau berbasikal'. Kadang-kadang kita 'lepak' tengok cerita hindustan, karton kat rumah 'seseorang' daripada kalangan kita. Tidak perlu didedahkan disini. Hihi, ini semua cerita silam yang indah. Mesti jadikan pengajaran! Masa itu mungkin kita tak matang. Namun, cikgu selalu pesan ingat dan sayang Allah. Biasalah manusia lagi kanak-kanak ribena tak tahu dan terlupa.

Kita mesti janji untuk didik hati dan diri sendiri dan anak-anak kita supaya jangan buang masa. Buat perkara yang berfaedah sahaja untuk manfaat Islam kerana Allah. Allah cinta kepada mereka yang pandai memmanfaatkan masanya. Pembaziran masa mengundang kemurkan Allah dan ia lebih teruk dari kematian, kerana menurut Imam Ibn Qayyim al Jauzi, kematian memisahkan manusia dengan kehidupan, tetapi pembaziran masa lebih 'worse' kerana ia memisahkan kita daripada Allah. Naudzubillahi min zaalik.

Seronoknya. Mesti ramai lagi yang akan datang dan bertemu semula. Inshaallah mesti dapat berjumpa dengan mak, ayah dan keluarga Rasyidah. Pastinya berjumpa dengan guru-guru tersayang. Guru-guru adalah murabbi iaitu pendidik yang mulia. Mereka umpama ibu dan ayah kita. Mesti hargai dan hormati mereka semua sebaiknya. http://fatoobalilghurabaa.blogspot.com/2011/01/buat-para-murabbiku-yang-mulia.html

Cikgu Dzuhaidah,Cikgu Umikalsom, Cikgu Norizan Yong, Cikgu Rasai, Ustaz Yazid, Ustaz Fattah dan semua (^^) maaf tak sempat nak letak nama semua cikgu2 kat sini :) Barakallahu fiikum.

Alhamdulillah 100x (^_______________^)



(^__^) rindunya kamu semua wahai sahabat.... BEST FRIEND TILL JANNAH. AMIIN.




Love u all because of Allah!
May Allah keep us guided all the time. amiin.
Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. amiin.



Wallahu a'lam Bissowab. Allah knows best!

pen off

Monday, January 16, 2012

Alhamdulillah 24!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dengan rahmat kasih sayang Allah, Allah izin masih menumpang di muka bumi Allah ini. Selawat dan Salam ditujukan kepada kekasih agung kita Rasulullah saw. Bersyukur kerana berkat kesabaran dan sikap positif, berlapang dada Rasulullah saw, Alhamdulillah Allah memberi kita nikmat yang paling mulia, nikmat iman dan Islam.

Bagi diri saya, Alhamdulillah pada hari ini 23 Safar 1423 Hijrah, genaplah usia ini 24 tahun. Rasa terlalu pantas masa berlalu.

Terlintas di minda dan terdetik di hati, apakah yang sudah dilakukan sebelum ini diberkati oleh Allah? Hanya Allah yang Maha Teliti & Maha Mengetahui tentang setiap amal hambaNya. Semoga Allah sentiasa mengampuni & menghadiahkan hidayah kepada diri ini, keluarga & semua saudara Muslim & Mu'min yang disayangi keranaNya samada yang hidup dan telah mati. Amiin.

Pada hari ini saya sangat bersyukur kerana Allah merancang yang terbaik untuk kami. Juga sebelum ini. Semuanya ada hikmah yang Allah susun. Hebat perancangan Allah! Allah izin banyak hikmah dan ilmu yang diperoleh untuk program Kian Mekar kali ini. Alhamdulillah. Inshaallah akan ditulis dalam entri istimewa dan indah ^_^

Sayang sangat pada pendidik-pendidik dan sahabat-sahabat saya ini. Mereka sangat istimewa dan berhikmah. Saling menasihati dalam keadaan langsung dan tidak langsung.

Alhamdulillah, pendidik mendidik dengan penuh jiddiyah. Dapat diterjemah di balik wajah yang tenang berkongsi manfaat kerana Allah.

Alhamdulillah,kakak-kakak yang lebih senior sangat 'concern' dengan permasalahan dan perkembangan adik-adik. kadang-kadang tak perlu pun mereka secara langsung beritahu itu dan ini.

Akhlak dan perilaku mereka sendiri sudah cukup untuk menegur sikap kami. Semoga Allah memberkati usaha kita semua sahabat. Allahumma amiin.

10 Wasiat bermanfaat oleh Imam Hassan Al-Banna telah diringkaskan kepada satu rangkuman perkatan berbentuk ayat yang bermakna. Pendetailan akan diitulis inshaallah di dalam entri khusus ^_^ semoga Allah mempermudahkan. amiin.

Teringat satu tulisan bermanfaat mengenai tingkatan bagi mencapai darjat taqwa, darjat tertinggi di sisi Allah kerana Allah sebut orang yang paling mulia disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa.

1. Muhasabah
2. Mu'ahadah
3. Mujahadah
4. Muraqabah

Muhasabah ialah sentiasa mengimbas amal-amal yang pernah dilakukan dan diteliti dan difikirkan samada ianya ialah amal yang Allah redha atau tidak? Adakah ia amal yang Allah perintahkan untuk kita taati? Jika ia adalah larangan Allah, maka sesalilah amal tersebut kerana ianya adalah dosa, berazam tidak akan mengulangi dan melakukannya di masa akan datang. Ringkasnya, bertaubatlah kepada Allah sebaik-baik taubat yang diredhai Allah.

Mu'ahadah ialah mengingati perjanjian kita dengan Allah. Bilakah kita berjanji dengan Allah? Bila ya? Kita berjanji kepada Allah setiap kali kita melaksanakan solat 5 waktu iaitu sewaktu kita membaca Ummul kitab Surah al Faatihah dalam ayat kelima. http://www.scribd.com/doc/3498999/TERJEMAHAN-S-ALFATIHAH

Ayat ini membuktikan perjanjian kita dengan Allah bahawa hanya Allah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. 17 kali sehari kita mengulang-ulang perjanjian kita kepada Allah. Sebagai Mu'min, kita mesti sentiasa bermu'ahadah iaitu berjanji dengan Allah. Perjanjian ini mesti diterjemahkan ke dalam lapangan amal. Allah sebut mesti setiap amal itu adalah dengan IKHLAS dan MUHSIN. Muhsin? Muhsin beerti mengikut syariat yang digariskan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Jika dua syarat ini dipenuhi, inshaallah Allah akan terima amal kita. Ada satu ayat dalam satu Surah yang secara khusus menyentuh berkenaan ini, inshaallah 'next time' akan cuba 're-edit & insert' Sura berkenaan ^_^ wallahul musta'an.

Mujahadah ialah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan Khalifatullah. Bersungguh-sungguh memerangi hawa nafsu. Tidak tunduk kepada hasutan dan godaan syaitan yang benci dan dengki kepada insan. Mest kuat dan istiqamah. Inshaallah dengan memahami tujuan hidup dalam mencari keredhaan Allah dan hajatkan perjumpaan dengan-Nya di akhirat nanti dalam keadaan yang Allah redha akan membantu untuk kita istiqamah dan konsisten. Perlu hikmah dan ilmu. Mesti ada masa yang diluangkan untuk kita 'grab' mutiara-mutiara hikmah dan ilmu untuk melahirakan keimananan yang hidup, total dan berfungsi. Hati memainkan peranan, mesti sentiasa disucikan dengan memahami ayat-ayat Al-Qur'an. Dengan ini, kita pasti dapat mengenal Allah sebagai Rabb dan Illah yang Esa dan layak disembah. Jadi apa-apa pun prioriti dan keutamaan mesti diberi untuk faham dan mentaati perintah dan larangan Allah. Segalanya disebut dalam Al-Qur'an. Bahkan dalam Sirah Rasulullah saw cukup lengkap dengan panduan untuk menelusuri kehidupan yang diredhai Allah. Ini kerana akhlak Rasulullah ialah akhlak Al-Qur'an.

Walaubagaimanapun, hidayah adalah milik Allah. Namun, kita mesti berusaha sungguh-sungguh untuk dapat hadiah hidayah yang istimewa dari Allah. Banyak cara yang Allah jelaskan dalam Al-Qur'an. Antaranya dalam Surah Al-A'raf, Allah perintahkan kita sentiasa bercakap perkara kebaikan, nescaya Allah akan mengampuni kesalahan dan memperbaiki segala amal kita.

Dan juga Rasulullah saw ada berpesan kepada para sahabat supaya jangan memperkatakan dosa-dosa yang telah dilakukan secara terang-terangan. Contohnya, seorang individu mengumpat (dosa besar) pada waktu malam, pada siangnya dia menyebarkan aktiviti mengumpatnya kepada orang lain ketika sesi mengumpat kepada pendengar lain, hal ini akan menghalang dia daripada mendapat 'afiat dan perlindungan daripada Allah. Ini kerana Allah telah menutup kesalahannya. Ini bertujuan untuk memberi peluang agar dia menyesali dan bertaubat kepada Allah. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Namun, dia sendiri yang membuka pekung didada dan berbangga dengan dosa yang dilakukan. Disini, mustahil insan ini akan diberi perlindungan dan hidayah oleh Allah. Wallahu a'lam. Semuanya Allah sahaja yang tahu. Niat kita, amal dan kalam lisan kita dan segala-gala yang berlingkar di sekeliling kehidupan kita. Inshaallah sama-sama ingat bahawa Akhirat ialah tempat yang kekal abadi.

Akhir sekali, muraqabah iaitu mengawasi. Seperti yang kita maklum dan 'arif, Allah Maha Teliti dan Maha Mengawasi setiap amalan kita. Muraqabah disini membawa maksud kita mesti mengawasi setiap amal kita. Perlu 'arif, ada ilmu dan hikmah samada amal ini Allah redha atau tidak jika dilaksanakan. Perlu nilai pertimbangan samada kita mematuhi perintah Allah dengan melaksanakannya dan adakah kita mentaati Allah dengan meninggalkan setiap laranganNya.

Dengan keempat cara ini, Inshaallah tingkatan Taqwa, paling mulia disisi Allah akan dapat dicapai.
Seperti yang disebut oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, Taqwa adalah kita meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah Allah.

Sangat bersyukur kerana Allah izin dapat menghayati satu nasyid bermakna yang dikongsi oleh sahabat. Inshaallah sama-sama hayati kerana Allah ^_^

Wallahu a'lam. Barakallahu fiikum (semoga Allah memberkati kita semua) amiin.

Sunday, September 25, 2011

Inshaallah Mesti Lebih Baik Daripada Semalam (^_^)


Firman Allah taala: 
Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
 (Al-Ankabut:69) 


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari hari kelmarin, maka ia celaka. Barangsiapa yang hari ini sama dengan hari kelmarin, maka ia merugi. Maka barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari kelmarin, maka ia beruntung."




Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).

beusaha & berdu'a

berusaha itu syariat & berdu'a itu hakikat






wallahul mustaa'an. allahumma amiin.

Saturday, September 24, 2011

Rindu Anugerah daripada Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, saat ini saya sangat rindukan insan-insan soleh dan musleh yang sangat saya sayang kerana Allah.

Saya sayangkan semua orang dan saya sayangkan mereka yang sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah kerana Allah sayangkan mereka yang berbuat baik.

Saya selalu terfikir adakah saya disayangi Allah? Adakah amal-amal saya diredhai Allah. Saya akui saya banyak buat salah dan silap. Kadangkala saya ada menyakitkan hati mak abah, adik-adik, sahabat dan kawan-kawan saya.

Saya harap mereka semua dapat memaafkan saya dan saya harapkan Allah dapat ampunkan saya dengan sebaik keampunan.

Hari ini saya sangat rindu mak dan abah. Alhamdulillah, seronok dengar abah menjawab panggilan saat anaknya ini bersedih. Indahnya hidup bersama dengan ibu bapa dan keluarga yang menyayangi kita. Saya sangat sayangkan abah daripada kecil dan tidak mahu kehilangannya.

Mak saya kehilangan ayahnya sewaktu berusia 6 tahun dan ketika itu atuk berumur 40 tahun. Allah izin dia dilanggar lari ketika dalam perjalanan pulang dari kerja. Sewaktu kecil saya selalu berimaginasi yang saya akan kehilangannya pada usianya 4o tahun. Sayalah yang paling sedih dan risau ketika abah berumur 40 tahun. Alhamdulillah sekarang abah masih bersama kami dan umurnya 49 tahun.

Saya juga tidak mahu kehilangan mak kerana mak adalah permata hati abah dan kami adik beradik. Alhamdulillah setakat ini kami tidak pernah diuji dengan kehilangan orang tersayang. Kehilangan yang paling besar dan sedih dirasai ialah kehilangan atuk.

Saya ingat sangat hari itu lagi 2 hari saya ingin mengambil ujian PSRA. Saya sangat sedih dan itulah kali pertama saya mencium dahi jenazah. Saya sangat sayang atuk walaupun saya selalu kena marah dan dirotan (perlahan) kerana saya adalah seorang yang nakal dan selalu cari gaduh dengan sepupu-sepupu.

Saya sayang atuk sebab arwah selalu solat berjamaah di masjid. Dan atuk selalu solat sunat. Normal bagi seorang kanak-kanak seusia saya untuk cintakan kebaikan. Saya rasa tenang melihat atuk beramal soleh. Kehilangan atuk agak menganggu fokus saya. Saya target mumtaz ketika itu dan memang belajar secara luar biasa.

Namun alhamdulillah, Allah Maha Hebat, Pemurah dan Penyayang dan berikan kejayaan kepada hambaNya. Alhamdulillah. saya sayang sangat ilmu deeniah. Tetapi siapa sangka saya bukan sepenuhnya di lapangan itu kini. Namun, ilmu Syariah yang saya akan dalami kembali pada tahun kelima nanti inshaallah akan dimanfaatkan sepenuhnya. Inshaallah. Ya Allah kurniakanlah keberkatan, kesugguhan dan kemudahan. amiin.

Wallahu a'lam.