Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah dengan rahmat kasih sayang Allah, Allah izin masih menumpang di muka bumi Allah ini. Selawat dan Salam ditujukan kepada kekasih agung kita Rasulullah saw. Bersyukur kerana berkat kesabaran dan sikap positif, berlapang dada Rasulullah saw, Alhamdulillah Allah memberi kita nikmat yang paling mulia, nikmat iman dan Islam.
Bagi diri saya, Alhamdulillah pada hari ini 23 Safar 1423 Hijrah, genaplah usia ini 24 tahun. Rasa terlalu pantas masa berlalu.
Terlintas di minda dan terdetik di hati, apakah yang sudah dilakukan sebelum ini diberkati oleh Allah? Hanya Allah yang Maha Teliti & Maha Mengetahui tentang setiap amal hambaNya. Semoga Allah sentiasa mengampuni & menghadiahkan hidayah kepada diri ini, keluarga & semua saudara Muslim & Mu'min yang disayangi keranaNya samada yang hidup dan telah mati. Amiin.
Pada hari ini saya sangat bersyukur kerana Allah merancang yang terbaik untuk kami. Juga sebelum ini. Semuanya ada hikmah yang Allah susun. Hebat perancangan Allah! Allah izin banyak hikmah dan ilmu yang diperoleh untuk program Kian Mekar kali ini. Alhamdulillah. Inshaallah akan ditulis dalam entri istimewa dan indah ^_^
Sayang sangat pada pendidik-pendidik dan sahabat-sahabat saya ini. Mereka sangat istimewa dan berhikmah. Saling menasihati dalam keadaan langsung dan tidak langsung.
Alhamdulillah, pendidik mendidik dengan penuh jiddiyah. Dapat diterjemah di balik wajah yang tenang berkongsi manfaat kerana Allah.
Alhamdulillah,kakak-kakak yang lebih senior sangat 'concern' dengan permasalahan dan perkembangan adik-adik. kadang-kadang tak perlu pun mereka secara langsung beritahu itu dan ini.
Akhlak dan perilaku mereka sendiri sudah cukup untuk menegur sikap kami. Semoga Allah memberkati usaha kita semua sahabat. Allahumma amiin.
10 Wasiat bermanfaat oleh Imam Hassan Al-Banna telah diringkaskan kepada satu rangkuman perkatan berbentuk ayat yang bermakna. Pendetailan akan diitulis inshaallah di dalam entri khusus ^_^ semoga Allah mempermudahkan. amiin.
Teringat satu tulisan bermanfaat mengenai tingkatan bagi mencapai darjat taqwa, darjat tertinggi di sisi Allah kerana Allah sebut orang yang paling mulia disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa.
1. Muhasabah
2. Mu'ahadah
3. Mujahadah
4. Muraqabah
Muhasabah ialah sentiasa mengimbas amal-amal yang pernah dilakukan dan diteliti dan difikirkan samada ianya ialah amal yang Allah redha atau tidak? Adakah ia amal yang Allah perintahkan untuk kita taati? Jika ia adalah larangan Allah, maka sesalilah amal tersebut kerana ianya adalah dosa, berazam tidak akan mengulangi dan melakukannya di masa akan datang. Ringkasnya, bertaubatlah kepada Allah sebaik-baik taubat yang diredhai Allah.
Mu'ahadah ialah mengingati perjanjian kita dengan Allah. Bilakah kita berjanji dengan Allah? Bila ya? Kita berjanji kepada Allah setiap kali kita melaksanakan solat 5 waktu iaitu sewaktu kita membaca Ummul kitab Surah al Faatihah dalam ayat kelima. http://www.scribd.com/doc/3498999/TERJEMAHAN-S-ALFATIHAH
Ayat ini membuktikan perjanjian kita dengan Allah bahawa hanya Allah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. 17 kali sehari kita mengulang-ulang perjanjian kita kepada Allah. Sebagai Mu'min, kita mesti sentiasa bermu'ahadah iaitu berjanji dengan Allah. Perjanjian ini mesti diterjemahkan ke dalam lapangan amal. Allah sebut mesti setiap amal itu adalah dengan IKHLAS dan MUHSIN. Muhsin? Muhsin beerti mengikut syariat yang digariskan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Jika dua syarat ini dipenuhi, inshaallah Allah akan terima amal kita. Ada satu ayat dalam satu Surah yang secara khusus menyentuh berkenaan ini, inshaallah 'next time' akan cuba 're-edit & insert' Sura berkenaan ^_^ wallahul musta'an.
Mujahadah ialah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan Khalifatullah. Bersungguh-sungguh memerangi hawa nafsu. Tidak tunduk kepada hasutan dan godaan syaitan yang benci dan dengki kepada insan. Mest kuat dan istiqamah. Inshaallah dengan memahami tujuan hidup dalam mencari keredhaan Allah dan hajatkan perjumpaan dengan-Nya di akhirat nanti dalam keadaan yang Allah redha akan membantu untuk kita istiqamah dan konsisten. Perlu hikmah dan ilmu. Mesti ada masa yang diluangkan untuk kita 'grab' mutiara-mutiara hikmah dan ilmu untuk melahirakan keimananan yang hidup, total dan berfungsi. Hati memainkan peranan, mesti sentiasa disucikan dengan memahami ayat-ayat Al-Qur'an. Dengan ini, kita pasti dapat mengenal Allah sebagai Rabb dan Illah yang Esa dan layak disembah. Jadi apa-apa pun prioriti dan keutamaan mesti diberi untuk faham dan mentaati perintah dan larangan Allah. Segalanya disebut dalam Al-Qur'an. Bahkan dalam Sirah Rasulullah saw cukup lengkap dengan panduan untuk menelusuri kehidupan yang diredhai Allah. Ini kerana akhlak Rasulullah ialah akhlak Al-Qur'an.
Walaubagaimanapun, hidayah adalah milik Allah. Namun, kita mesti berusaha sungguh-sungguh untuk dapat hadiah hidayah yang istimewa dari Allah. Banyak cara yang Allah jelaskan dalam Al-Qur'an. Antaranya dalam Surah Al-A'raf, Allah perintahkan kita sentiasa bercakap perkara kebaikan, nescaya Allah akan mengampuni kesalahan dan memperbaiki segala amal kita.
Dan juga Rasulullah saw ada berpesan kepada para sahabat supaya jangan memperkatakan dosa-dosa yang telah dilakukan secara terang-terangan. Contohnya, seorang individu mengumpat (dosa besar) pada waktu malam, pada siangnya dia menyebarkan aktiviti mengumpatnya kepada orang lain ketika sesi mengumpat kepada pendengar lain, hal ini akan menghalang dia daripada mendapat 'afiat dan perlindungan daripada Allah. Ini kerana Allah telah menutup kesalahannya. Ini bertujuan untuk memberi peluang agar dia menyesali dan bertaubat kepada Allah. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Namun, dia sendiri yang membuka pekung didada dan berbangga dengan dosa yang dilakukan. Disini, mustahil insan ini akan diberi perlindungan dan hidayah oleh Allah. Wallahu a'lam. Semuanya Allah sahaja yang tahu. Niat kita, amal dan kalam lisan kita dan segala-gala yang berlingkar di sekeliling kehidupan kita. Inshaallah sama-sama ingat bahawa Akhirat ialah tempat yang kekal abadi.
Akhir sekali, muraqabah iaitu mengawasi. Seperti yang kita maklum dan 'arif, Allah Maha Teliti dan Maha Mengawasi setiap amalan kita. Muraqabah disini membawa maksud kita mesti mengawasi setiap amal kita. Perlu 'arif, ada ilmu dan hikmah samada amal ini Allah redha atau tidak jika dilaksanakan. Perlu nilai pertimbangan samada kita mematuhi perintah Allah dengan melaksanakannya dan adakah kita mentaati Allah dengan meninggalkan setiap laranganNya.
Dengan keempat cara ini, Inshaallah tingkatan Taqwa, paling mulia disisi Allah akan dapat dicapai.
Seperti yang disebut oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, Taqwa adalah kita meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah Allah.
Sangat bersyukur kerana Allah izin dapat menghayati satu nasyid bermakna yang dikongsi oleh sahabat. Inshaallah sama-sama hayati kerana Allah ^_^
Wallahu a'lam. Barakallahu fiikum (semoga Allah memberkati kita semua) amiin.
No comments:
Post a Comment