Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, rasa sangat rindu pada sahabat-sahabat saya.
Ya Allah pulihkan perasaan ini supaya rindu ini diredhai olehMu. amiin.
Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah.
"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).
"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).
“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab
Apa yang istimewa, kali ini bakal pergi dengan bakal-bakal pengantin baru, siti shafiqah & tengku amirah nasirah.
Bakal berjumpa dengan Hafizah Mohd (fizah) yang baru juga mendirikan masjid, Nur Hafizah Nik Mohd Hasyudeen (fizah), Nur Hafizah Azmah (Azmah), dan Noorinda (Inda).
, Nurul Hana' Imran (Hana')
Tidak dilupa juga pada mereka yang tidak berbasikal seperti Nurul Fariza (Fariza), Syatirah, Afini, Sobirah dan lain-lain (siapa lagi ya, nanti tolong2 lah inform ^^)
Kita semua sangat rapat sejak kecil, hampir 6 tahun berbasikal pergi dan pulang dari Sekolah Ibn Kathir (Kampung Changkat, Gombak) setiap hari bersama dengan adik beradik masing-masing. Duduk di kawasan perumahan berdekatan memudahkan urusan kita untuk 'merayau berbasikal'. Kadang-kadang kita 'lepak' tengok cerita hindustan, karton kat rumah 'seseorang' daripada kalangan kita. Tidak perlu didedahkan disini. Hihi, ini semua cerita silam yang indah. Mesti jadikan pengajaran! Masa itu mungkin kita tak matang. Namun, cikgu selalu pesan ingat dan sayang Allah. Biasalah manusia lagi kanak-kanak ribena tak tahu dan terlupa.
Kita mesti janji untuk didik hati dan diri sendiri dan anak-anak kita supaya jangan buang masa. Buat perkara yang berfaedah sahaja untuk manfaat Islam kerana Allah. Allah cinta kepada mereka yang pandai memmanfaatkan masanya. Pembaziran masa mengundang kemurkan Allah dan ia lebih teruk dari kematian, kerana menurut Imam Ibn Qayyim al Jauzi, kematian memisahkan manusia dengan kehidupan, tetapi pembaziran masa lebih 'worse' kerana ia memisahkan kita daripada Allah. Naudzubillahi min zaalik.
Seronoknya. Mesti ramai lagi yang akan datang dan bertemu semula. Inshaallah mesti dapat berjumpa dengan mak, ayah dan keluarga Rasyidah. Pastinya berjumpa dengan guru-guru tersayang. Guru-guru adalah murabbi iaitu pendidik yang mulia. Mereka umpama ibu dan ayah kita. Mesti hargai dan hormati mereka semua sebaiknya. http://fatoobalilghurabaa.blogspot.com/2011/01/buat-para-murabbiku-yang-mulia.html
Cikgu Dzuhaidah,Cikgu Umikalsom, Cikgu Norizan Yong, Cikgu Rasai, Ustaz Yazid, Ustaz Fattah dan semua (^^) maaf tak sempat nak letak nama semua cikgu2 kat sini :) Barakallahu fiikum.
Alhamdulillah 100x (^_______________^)
(^__^) rindunya kamu semua wahai sahabat.... BEST FRIEND TILL JANNAH. AMIIN.
Love u all because of Allah!
May Allah keep us guided all the time. amiin.
Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. amiin.
Wallahu a'lam Bissowab. Allah knows best!
pen off
Alhamdulillah, syukran jugak nisah sudi meluangkan masa. tetibe jd rindu dgn zaman sek ren,hmm...Mga nnt kite blh bertemu sekali di Jannah! ameen. jgn lupe kenduri kite ^^ hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, jazakillahu khairan jaza' for this ziarah. Love u fillah :) Inshaallah ana akan pergi majlis nikah awk..if boleh ana nk duk tepi awk cam kenduri rasyidah dulu..sgt2 syg awk shafiqah..rasa cam x nk lepaskan awk..Barakallahu fiik dear :)
ReplyDelete