Saturday, September 24, 2011

Rindu Anugerah daripada Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, saat ini saya sangat rindukan insan-insan soleh dan musleh yang sangat saya sayang kerana Allah.

Saya sayangkan semua orang dan saya sayangkan mereka yang sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah kerana Allah sayangkan mereka yang berbuat baik.

Saya selalu terfikir adakah saya disayangi Allah? Adakah amal-amal saya diredhai Allah. Saya akui saya banyak buat salah dan silap. Kadangkala saya ada menyakitkan hati mak abah, adik-adik, sahabat dan kawan-kawan saya.

Saya harap mereka semua dapat memaafkan saya dan saya harapkan Allah dapat ampunkan saya dengan sebaik keampunan.

Hari ini saya sangat rindu mak dan abah. Alhamdulillah, seronok dengar abah menjawab panggilan saat anaknya ini bersedih. Indahnya hidup bersama dengan ibu bapa dan keluarga yang menyayangi kita. Saya sangat sayangkan abah daripada kecil dan tidak mahu kehilangannya.

Mak saya kehilangan ayahnya sewaktu berusia 6 tahun dan ketika itu atuk berumur 40 tahun. Allah izin dia dilanggar lari ketika dalam perjalanan pulang dari kerja. Sewaktu kecil saya selalu berimaginasi yang saya akan kehilangannya pada usianya 4o tahun. Sayalah yang paling sedih dan risau ketika abah berumur 40 tahun. Alhamdulillah sekarang abah masih bersama kami dan umurnya 49 tahun.

Saya juga tidak mahu kehilangan mak kerana mak adalah permata hati abah dan kami adik beradik. Alhamdulillah setakat ini kami tidak pernah diuji dengan kehilangan orang tersayang. Kehilangan yang paling besar dan sedih dirasai ialah kehilangan atuk.

Saya ingat sangat hari itu lagi 2 hari saya ingin mengambil ujian PSRA. Saya sangat sedih dan itulah kali pertama saya mencium dahi jenazah. Saya sangat sayang atuk walaupun saya selalu kena marah dan dirotan (perlahan) kerana saya adalah seorang yang nakal dan selalu cari gaduh dengan sepupu-sepupu.

Saya sayang atuk sebab arwah selalu solat berjamaah di masjid. Dan atuk selalu solat sunat. Normal bagi seorang kanak-kanak seusia saya untuk cintakan kebaikan. Saya rasa tenang melihat atuk beramal soleh. Kehilangan atuk agak menganggu fokus saya. Saya target mumtaz ketika itu dan memang belajar secara luar biasa.

Namun alhamdulillah, Allah Maha Hebat, Pemurah dan Penyayang dan berikan kejayaan kepada hambaNya. Alhamdulillah. saya sayang sangat ilmu deeniah. Tetapi siapa sangka saya bukan sepenuhnya di lapangan itu kini. Namun, ilmu Syariah yang saya akan dalami kembali pada tahun kelima nanti inshaallah akan dimanfaatkan sepenuhnya. Inshaallah. Ya Allah kurniakanlah keberkatan, kesugguhan dan kemudahan. amiin.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment