Showing posts with label Pearl of Iman. Show all posts
Showing posts with label Pearl of Iman. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Iman di Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Segala puji & syukur hanyalah milik Allah. Alhamdulillah, dengan hidayah, limpah kurnia & kasih sayang Allah, Allah masih izin diri, keluarga, murabbi dan guru, dan sahabat untuk menumpang lagi di muka bumi Allah.

Pada detik ini, alhamdulillah kita berpeluang bertemu dengan tahun baru Islam 1433 Hijriyyah. Kini, kita diambang bulan suci, bulan Muharram. Dengan du'a akhir & awal tahun yang dipohon kepada Allah, dihajatkan agar Allah dapat mengabulkan, menghadiahkan hidayah, mengurniakan kesungguhan, meredhai, memberkati, dan mempermudahkan segala urusan kita. amiin.

Insan agung, Rasulullah saw bersabda:
3 perkara siapa yg ada padanya akn dpt merasai kemanisan iman, iaitu:

1. Bahawa Allah dan RasulNya lebih dikasihi drpd yg selainnya.

2. Seseorang itu kasih kpd seseorang dan tiadalah ia kasih kpdnya melainkan krn Allah iaitu mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu kepentingan, tetapi hanyalah kerana Allah.

3. Bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuran sebagaimana ia benci untk dimasukkan ke dlm api neraka." [Riwayat Bukhari]

Kata IHAB sangat segar di ingatan dan hati. Kemanisan ini dirasai di dunia dan akhirat. Manisnya dirasai di hati seperti manisnya gula yang dapat dirasai dengan lidah. Indahnya jika hati ini dapat sentiasa merasa manisnya iman, rasa seronok berbuat kebaikan dan mencari keredhaan Allah di setiap amalan.

Teringat tulisan IHAB mengenai asas-asas keimanan. Beliau menyentuh mengenai Iman yang benar yang ciri-ciri keimanan iaitu:

1. Bersih dari syirik khafi (syirik tersembunyi) seperti riya' dan syirik jali (syirik terang-terangan) seperti menyekutukan Allah dengan sesuatu.

2. Meresap dalam hati dan bertakhta dalam jiwa.

3. Mengerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah.

4. Menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan mata.

5. Memenuhi jiwa dengan perasaan tenang, tabah & tetap pendirian.

6. Memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini berkorban apa sahaja demi jalan Allah swt.

7. Menambahkan pergantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah.

Pengertian iman yang benar ini  mesti memenuhi hati seseorang Muslim. Jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kehidupan di dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sugguh indah dan cahaya yang tenang akan memenuhi batin seseorang Muslim.

Dan IHAB, seorang 'alim yan sangat dihormati & bersungguh-sungguh dalam tulisannya menambah bahawa apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah Muslim dan sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekalipun kulit Muslim itu hitam atau sawo matang.

Dan di akhirat nanti, kemanisan iman akan dapat dirasakan lebih manis daripada madu.

Antara tanda-tanda lahirnya kemanisan iman ialah kecintaan seorang Mu'min untuk melakukan ibadah, rasa selesa dan tenang untuk melakuakn ibadah dan rasa rindu dan lapang dada dalam beribadah.

Kita tidak boleh rasa pelik dan anggap perkara ini khayalan semata-mata kerana sememangnya iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh Ruh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Iman adalah kemanisan dan kemanisan itu akan bertambah apabila iman bertambah kuat & termeteri.

Merujuk 100 targets yang saya coretkan 5 bulan dahulu, alhamdulillah ada yang sudah terlaksana ^_^ dan ada juga yang masih di takuk perlu disegera ^_~ & di tahap masih tidak dimula T_T. Gi mana ya??

Namun, Alhamdulillah, Allah izin saya berpeluang bersama dan mencipta kenangan dengan sahabat-sahabat saya. Walaupun mungkin tidak banyak, tetapi saya harapkan ia memberi kesan di hati saya dan motivasi buat saya untuk sentiasa memperbaiki diri. Belajar bersama, berprogram, bermusafir & bermalam bersama, makan, bermain & berkongsi masalah & solusi. Mereka semua berpotensi dan sangat menghargai diri sahabat.

Indahnya persahabatan yang bertaut di hati ini. Saya du'akan mereka semua & kita semua bahagia dan cemerlang di dunia & akhirat. Cemerlang dalam mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap amal soleh yang dilakukan.

Bersyukur dengan nikmat yang dikurnia Allah dan sentiasa bersabar dengan segala ujian yang Allah hadirkan. Indeed, setiap ujian adalah tanda Allah menyayangi kita. Apabila diuji, kita senang dan mudah mengadu kepada Allah. Mesti yakin bahawa ada hikmah indah yang tersembunyi dalam setiap mehnah (ujian). Mesti sentiasa bersungguh-sungguh lagi untuk mencapai cita-cita mulia dan murni diiringi dengan konsistensi hanya keranaNya.


Dari Abi Hamzah Anas bin Malik radiyallahu 'anh khadam Rasulullah saw dari Nabi saw, sabdanya: Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Jadilah mereka yang suka memberi bukan hanya dan asyik menerima. Namun, sifat malu mesti sentiasa ada sebagai batas. Malu mesti seiring dengan iman. Sayangkan semua tidak bermakna kita perlu mengadai harga diri. Jadilah seorang yang bersederhana, menghormati semua dan bersangka baik keranaNya. Walaupun tidak nampak dari zahir, dalam hati hanya Allah yang tahu. Dan Allah sahajalah yg memiliki hati-hati kita.

IMAN bekasnya HATI. Rasulullah saw bersabda: IMAN bukanlah sesuau yang kita angan-angankan dan cita-citakan, tetapi IMAN adalah dalam HATI dan dibuktikan dengan PERBUATAN.











Rasulullah saw banyak menyebut mengenai IMAN, Rasulullah saw memang Doktor Hati yang ulung. Baginda mengubat hati-hati umat dengan penuh hikmah dan sabar. Bahkan Rasulullah saw melarang umatnya dari kemarahan. Larangan ini sungguh besar faedahnya. Kerana kemarahan bukan menambahkan kebaikan, tetapi memburukkan lagi keadaan.

Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anh, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kpd Nabi sallallahu 'alayhi wasallam: Berilah wasiat kepada aku. Sahut Nabi: Janganlah engkau marah. Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: Janganlah engkau marah. Diriwayatkan oleh Bukhari. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Thalaq ayat 2 hingga 3, : "Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka."

Dan dalam Surah al-Hud, ayat 114, Allah swt berfirman: "Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan."

Di samping itu pernah Rasulullah saw mengajar kepada 'Umar satu du'a mengenai pemeliharaan ini, iaitu:

"Ya Allah! Peliharakanlah aku dengan Islam waktu aku berdiri, dan peliharakanlah aku dengan Islam di waktu aku duduk, dan peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur, dan janganlah engkau menuruti musuh dan orang dengki terhadapku."

Kesimpulannya, pemeliharaan Allah akan agama Islam bagi seseorang adalah perkara yang amat penting dan utama. Pemeliharaan ini bererti terpelihara imannya pada bila-bila masa hingga mati dengan sempurna amal-amalnya yang dituntuti kepadanya.

"Jika kita ingin lihat wajah Allah di Akhirat, kita mesti lihat Allah dimana-mana di dunia ini"

Wallahu a'lam bissowab.

Thursday, October 6, 2011

Akibat Maksiat & 70 Jenis Dosa Besar


Rujukan: Ibn Qoyyim, "Terapi Penyakit Hati" (buku: Ke Arah Penghayatan Islam) 


Bismillahirrahmanirahim

Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yg tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya sendiri. Ketaatan menjadi sesuatu yg manis bagi si Mu'min, manakala maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mu'min, sentiasa berhati-hati dlm kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan & pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.

1. Tidak Mendapat ilmu
2. Tidak Mendapat Rezeki
3. Kerisauan & Kesepian Hati
4. Banyak Mendapat Kesulitan
5. Kegelapan di dalam Hati
6. Melemahkan Hati & Badan
7. Kehilangan Ketaatan
8. Mengurangi Umur & Mengikis Berkah


1. Tidak Mendapatkan Ilmu

Ilmu adalah sinar yg diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yg belajar dgnnya, "Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dgn kegelapan maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kpd Waki', hafalanku jelek; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kpd pelaku maksiat."


2. Tidak Mendapatkan Rezeki 

Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yg diperbuat." Sememangnya jelas bahawa taqwa kpd Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.


3. Kerisauan dan Kesepian Hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dgn Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yg dirasai sbg kenikmatan, malahan yg terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan & kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia dan seisinya diberikan kpdnya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.

Tidak ada yg lebih pahit dl hati insan daripada kerisauan krn kesepian atau keterasingan antara dirinya dgn orang lain, lebih2 lagi dari orang yg sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang2 tadi. Akhirnya, jika hati yg terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yg dekat dgn Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dlm dirinya.


4. Banyak Mendapat Kesulitan

Orang yg tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dlm berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yg serba sulit.


5. Kegelapan dalam Hatinya

Kegelapan dlm hatinya akan sungguh2 ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiat itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas, "Sesungguhnnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dlm hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."


6. Melemahkan Hati dan Badan

Orang Mu'min itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yg jahat dan penuh dgn maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang2 Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang2 Mu'min dgn kekuatan hati yg kuat imannya kepada Allah swt.


7.  Kehilangan Ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan2 kebaikan yg lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.


8. Mengurangi Umur & Mengikis Berkah

Sebahagian Ulama' mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yg suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu2 hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yg merupakan waktu2 umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yg hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini." (Al Fajr: 24)


Perkongsian mengenai 70 jenis dosa2 besar oleh pc Abu Salman Said yg dihormati fillah,

ayuh check it out! muhasabah, berazam untuk tinggalkan & tidak mengulangi amal2 buruk yg Allah tidak redha. Mg Allah redha & mempermudahkan segala urusan kita. Semoga hidayah Allah menjadi milik kita. amiin. 

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara.

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melalukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Rujukan: 

1. 70 dosa besar karangan(Al Kaba ir) Imam Az Zahabi, pustaka ilmi
2. http://mr-tazkirah.blogspot.com/2007/02/70-dosa-besar.html
3. http://ibnayyub.wordpress.com/2007/06/27/kitab-al-kaba-ir-the-book-of-major-sins-imam-ad-dhahabi/

Allahu taala a'lam



Ku damba RedhaMU Ya Allah





Allahu taala a'lam. Wallahu a'lam.

Tuesday, August 23, 2011

Let's Pray for Us All

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh,
             
Praise be to Allah the Exalted who has blessed us, his powerless servants, with the joy and peace of true faith; and peace and blessings be on the Endless Pride of the Universe, Prophet Muhammad peace be upon him who has led humanity from darkness to boundless light.

May Allah grant our hearts a lofty fortune from the spiritual abode of the companions of Prophet Muhammad saw and the revered friends of Allah, who have guided believers to the right path and may He bless our hearts with fruitful winds from the winds horizons of the infinite spirituality.

Now, we already reached 24th Ramadhan 1432 Hijriyyah, may Allah grant us all TAQWA & bless us all. amiin. Allah says in Sura Mu'min (also known as Sura Ghafir), verse 60:

60.  And your Lord says: "Call on Me; I will answer your (Prayer): but those who are too arrogant to serve Me will surely find themselves in Hell-in humiliation!" (Sura Mu'min: 60)

Dear all, let's pray for us all! Here, I'm pleased to share a tazkeerah (advice) written by Harun Yahya. May Allah bless him. amiin.

 ********************************************************************************

In his prayers, a Muslim, due to his good morality, wants everything good that he wants for himself, also for his brothers.

In his prayers a Muslim asks Allah for goodness both in this world and in the Hereafter. He prays Allah to be able to be the servant He loves and approves most. He want to be the closest to Allah among all the people ever existed; to be able to love Allah with the biggest love a person could ever feel. He would want to be the servant who appraises Allah as is due the most among all people.

 He would want to behave in the manners most approved in the Presence of Allah and to have the morality Allah would love the most. He would want to be Allah's servant who thanks Allah the most, who is able to appraise His blessings the most. He would want to be the one who has assumed the morality of Allah the most and the one who Allah manifests His Names the most.

He would want to be the person who could understand and practice the verses of the Qur'an the most. He would want to be the person who abides by all the commands and prohibitions Allah revealed in the Qur'an most perfectly and most fastidiously. He would want to be the person who could communicate the religion of Allah in the most beautiful, the most effective, most sincere manner. He would want to be the one, who is blessed with being the person strives the most, in the way of Allah, with all his possessions and with his life.

He would want Allah to make him spiritually and physically the most healthy, most powerful, the strongest person on earth and thus be able to serve Allah the most with all his strength. He prays to be able to do all he does in the most sincere manner possible. He would want to be able to submit to Allah with all his soul and body with the most profound submission ever possible. He would pray to be the person who could respond to the shortcomings Allah created with the most thankful, most trusting, most patient and best morality.

Let's fight our desire!
Let's become QAWWIYUN AMIIN!!!

He would want to be the person who fears Allah with the most profound fear. He would want to be the person who could keep his hope  from Allah in the highest level, the one who trusts Allah the most, the one who never doubts  and the one who is most sure of Allah's help even in the hardest time. He would want to be the one who keeps away the most from ascribing partners to Allah, who never turns to anyone else other than Allah, who conceives the fact that there is no god but Allah most profoundly.

He would want to be the most preeminent person in good morality; he would want to be the most loving, most respectful, most compassionate and  most merciful, most complaisant, most forgiving, most gracious, most self-sacrificing, most selfless, the kindest, the most hospitable, the most  easygoing, the most contended, the  most patient, the most understanding, the most well disposed, the most trustworthy; he would one to be the one who gives the most joy, happiness, peace  and easiness; the one who speaks the best; the one who gives the best advises; the one who is most compliant to the advises; the one who obeys the most.

He would want to be the person that all the Muslims in the world loves the most, respects the most, trusts the most, the one with whom they would want to be with the most, the one whose conversation they delight in the most, the one whose words they trust the most., the one whom they would want to be with the most in this world and eternally in the Hereafter. He would want to be rewarded with the most beautiful rewards Allah bestows in the Hereafter ; to be the one who Allah raised up the highest. And by being the servant of Allah who He approves the most, who has been blessed with being the closest to Allah; he would want to be rewarded with the greatest blessings of Allah in the most beautiful Heavens.

Muslims would want to attain "the highest possible rank" in all these beautiful blessings. However as the requisite of the understanding of love and sincerity they learnt from the Qur'an, they want all these blessings and beauties "in the highest possible rank" for their brothers as well. Just like their desire to be the one closest to Allah; to be the servant that Allah loves the most.

They would want their Muslim brothers to be among the ones Allah loves the most and made most preeminent in closeness to Allah. For that reason in all their prayers they pray not by saying "me" but by saying "us". They pray by saying "Give us all those blessing my Lord", instead of saying "Give me all those blessings my Lord". When a Muslim prays for them with a good will, they respond with the exact same manner. For instance when someone says "May Allah give you a nice day", such Muslim would respond by saying "May Allah give us all a nice day." In the same manner when one says "May Allah be pleased with you" he would respond by saying "May Allah be pleased with all of us."

This is a morality that a person, who wants to be the most preeminent faith, to be the best example to the ones fearing Allah; a person who loves Allah the most, would assume. Consequently, this kind of morality he displays in his prayers is a very important indication for his faith, his love for Allah, his fear for Allah, and his sincerity and depth.

In the Qur'an, Allah had given many examples of the prayers of Muslims that display such morality. Some of those examples are as follows:

...You alone we worship. You alone we ask for help. Guide us on the Straight Path; the Path of those You have blessed, not of those who anger on them, nor of the misguided (Sura Al Fatiha: 3-7)

And there are others who say, 'Our Lord, give us good in the world, and good in the Hereafter, and safeguard us from the punishment of the fire.' (Sura Al Baqara: 201)

Allah does not impose on any self any more than it can stand. For it is what it has earned; against it, what it has merited.

'Our Lord, do not take us to task if we forget or make a mistake! Our Lord, do not place on us a  load like the one You placed on those before us! Our Lord, do not place on us a load we have not the strength to bear! And pardon us; and forgive us; and have mercy on us. You are our Master, so help us against the people of the unbelievers.' (Sura Al-Baqarah:286)

'Our Lord, do not make our hearts swerve aside after you have guided us. And give us mercy from You. You are the Ever-Giving.' (Sura Ali Imran:8)

'Those who say, 'Our Lord, we have faith, so forgive us our wrong actions and safeguard us from the punishment of the Fire.' (Sura Ali Imran:16)
Those who remember Allah, standing, sitting and lying on their sides, and reflect on the creation of the heavens and the earth: 'Our Lord, You have not created this for nothing. Glory be to You! So safeguard us from the punishment of the Fire.' (Sura Ali Imran: 191)

Harun Yahya, Aug 31, 2010
copy from IIUM Al-Aqsa Friends' Society Newsletter-My Ummah


*********************************************************************************

Alhamdulillah, I really hope that we may altogether practice knowledge we learned. It is because 'knowledge would not become knowledge until it being practiced'~mc zanariah parman~

 'Al-'Ilmu bilaa 'amalin kassyajarin bilaa thamarin' which means 'Knowledge without Practice is resemble with Tree without Fruit'~Arabic proverb.

By the way, as usual, I love to share a nasheed that I loved most i.e Give thanks to Allah by Zain Bikha. May Allah bless him. amiin. Alhamdulillah, this video taught me a lot. It's quite instructive with the ayatu qawniyyah (Allah's creation) being displayed.

Certainly, as Allah's slave, we have to constantly contemplate with the meaning of kalamullahu azza wajalla in the Qur'an. Plus, we have to ponder how's powerful Allah by observing the miracle of  world & the universe. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Wa Rabbuna Rahmanul Musta'an. ~We comes from Allah, and we will go back to the humble abode soon~May Allah grant us all to meet Him with kind of pleasure indeed. amiin. O Allah, please forgive us all. amiin. Please forgive me for any defects & shortcomings. May Allah forgive me & us all. amiin.


Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Praise Him all day
For what is and what was.
Take hold of your Iman
Don't give in to Shaitan
O you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafur, Allahu Rahim, Allahu yuhibo el Mohsinin,
Hua Khalikuna, Hua Razikuna, wa hua ala qulli shayyin Qadir.
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/z/zain_bhikha/give_thanks_to_allah.html ]
Allah is Ghafur, Allah is Rahim, Allah is the One Who loves the Mohsinin,
He is the Creater, He is the Sustainer and He is the One Who has power over all.

Give thanks to Allah,
For the moon and the stars
Praise Him all day
For what is and what was.
Take hold of your Eeman
Don't give in to Shaitan
O you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafur, Allahu Rahim, Allahu yuhibo el Mohsinin,
Hua Khalikuna, Hua Razikuna, wa hua ala qulli shayyin Qadir.
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/z/zain_bhikha/give_thanks_to_allah.html ]
Allah is Ghafur, Allah is Rahim, Allah is the One Who loves the Mohsinin,
He is the Creater, He is the Sustainer and He is the One Who has power over all.


Allahu Taala A'lam. Barakallahu fiikum.
Wassalam.