Wednesday, August 24, 2011

Berbuat Baik kpd 'Mak & Abah' Ikhlas krn Allah

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh,

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, pembacaan hari ini memberi seribu erti, menyedarkan  hati & diri yg kadangkala selalu lalai & terlupa. Kerana itu ia mesti sentiasa di introspeksi. Inshaallah, muhasabah diri kerana Allah.

Allah azza wajalla berfirman dalam Sura An-Nisa':
 "Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.." (4:36)



Allah azza wajalla berfirman dalam Sura Al-'Ankabut:
"Kami wasiatkan kepada manusia, supaya berbuat baik pada ibu bapanya." (29:8)


Mak & Abah,

2 individu soleh & musleh yang sangat patuh kepada Rabb & Ilah  Bukan bermaksud ingin bercerita tentang diri & keluarga. Namun, inilah hakikatnya.. Mereka sangat sabar mendidik kami adik-beradik & sentiasa tidak jemu untuk mengingatkan kami supaya menjaga solat. Semoga Allah hadiahkan hidayah supaya mereka & kita semua istiqamah kerana Allah. amiin.

Firman Allah azza wajalla, terjemahannya:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka keada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."  (At Tahriim, 66: 6)

Firman Allah azza wajalla,
"Dan perintahlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa." (Thaaha, 20: 132)

Firman Allah azza wajalla dalam Surah Mu'minun, ayat 1 &2
1. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, (Al Mu'minun, 23: 1-2)

(Asbabun Nuzul-Sebab diturunkan ayat ini ialah: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa dahulu, Rasulullah saw memandang ke langit apabila solat. Oleh sebab itu, Allah menurunkan kedua ayat ini. Setelah itu, beliau solat dengan menundukkan kepalanya. [HR. Hakim])

Nasihat saya, berdasarkan pengalaman sendiri, ayuh kita sentiasa bersabar dan menurut segala kemahuan ibu ayah kita selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu dan ayah kita pastinya mengetahui potensi diri kita. Ibu dan ayah kita pasti tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun ia tidak sepadan dengan minat dan azam kita, cubalah berbincang terlebih dahulu dengan mereka secara bijak. Banyakkanlah bertanya ibu ayah & jadikanlah mereka sebagai tempat rujukan yang utama.

Bagi saya sendiri, saya akui sifat percaya & yakin diri yang agak tinggi dan agresif yang ada dalam keperibadian saya, telah menyebabkan saya memutuskan untuk tetap memohon pengkhususan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai pilihan pertama walaupun kedua ibu bapa saya menasihatkan supaya mengambil pengajian agama iaitu IRKH (Islamic Revealed Knowledge & Heritage iaitu Ilmu Wahyu & Warisan) sebagai pilihan pertama.

walaupun telah bekerja, abah masih mahu mendalami ilmu Islam
Saya memohon izin & memberi jaminan kepada ibu ayah saya bahawa IRK/HS tetap akan dipohon sebagai pilihan kedua dan ketiga. Jika Allah menetapkan saya mengambil ilmu wahyu, Inshaallah ilmu wahyulah yang akan saya dapat. "dekat2 je tu bah, 1 & 2, ok yg ke3 hs (human science)!"

Saya sangat cintakan undang-undang, namun tidak mengetahui realiti kesukarannya yang hebat! Saya sangat bersungguh-sungguh mengulang baca buku sejarah tingkatan 4 & 5 berulang kali sampai lunyai.. Buat latihan  yang rapi & mantap untuk Sejarah, rela mengambil subjek Matematik Tambahan walaupun bukan minat saya. Ini kerana ada 'senior' yang mengingatkan untuk ke IPT, mesti ambil Add Maths! Sebaliknya, ia bukanlah syarat untuk ke IPT. Apakan daya.. Namun, alhamdulillah saya berkesempatan berguru dengan pengetua yang dihormati kerana Allah, Cikgu Abdullah Thaidi Hassan. Topik yang paling saya ingat ialah kalkulus. Yang lain, tidak ingat langsung! Maaf cikgu2.

Semua ini kisah lama. Apa yang penting, sebagai Mu'min, kita mesti fikirkan semua ini pasti ada hikmah yang indah dari yang Maha Esa. Always move forward for Allah's sake. Wa Rabbuna Rahmanul Musta'an. Alhamdulillah, adik-adik saya patuh kepada nasihat ibu dan ayah & tidak membantah penyusunan mak & abah. Alhamdulillah, kini, Muhammad Hanif di matrikulasi al-Azhar mengambil pengkhususan Usuluddin, Khadijah mengambil pengkhususan Ijazah Bahasa Arab di UIAM & Ahmad Khair di Marhalah Khassah MATRI.

"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri),.." (An Nisa':34)
Antum pemimpin kami yang amanah!! amiin.

Saya ingin membawa hati & diri beristighfar kepada Allah. Cerita-cerita dari hamba Allah yang lemah seperti saya di dalam tulisan hanyalah sebagai pengajaran untuk adik-adik saya khususnya & pembaca secara amnya. Ia adalah supaya kesalahan yang sama tidak dilakukan oleh orang lain. Teringat saya kepada nasihat UDMZ di dalam kupasan buku Syaksiyyah Muslim oleh Ustaz Ali Al Hashimi, kita sebagai manusia, jangan sama sekali mengungkit asbaab yang telah dilakukan untuk mencapai kejayaan dalm menuntut ilmu. Apa yang paling penting ialah keberkatan daripada Allah di atas ilmu yang diperoleh. Asbab-asbab untuk menguasai ilmu mestilah diamalkan secara bersungguh-sungguh kerana Allah. Kena baca, tulis, bincang dan sebagainya. Bukan setakat pergi mendengar ilmu sahaja. Dan natijah kita serahkan kepada Allah. Hal ini semuanya berkait rapat dengan rezeki Allah kepada kita. Dan yang paling penting kena sentiasa soal hati kita adakah Allah memberkati semua usaha yang dilakukan dalam menuntut ilmu krnNya? Kitalah yang perlu mengamalkan ilmu yang ditimba dan yang haq serta kebenaran itu kita sebar-sebarkan kerana Allah untuk manfaat bersama. InsyaAllah.
 
Alhamdulillah, rezeki Allah.
Jazakallahu Khairan jaza' abah!
Saya sangat menghargai nasihat abah apabila saya meminta tips cemerlang daripadanya. Beliau membalas dengan satu mesej ringkas namun bermakna.
1. Usaha yang sistematik 2. Istiqamah berdu'a kepada Allah 3. Tawakkal kepada Allah.

Sejauh mana saya mengamalkan nasihat ini dalam kehidupan saya? Ini adalah soalan peribadi yang hanya saya perlu jawab di dalam hati & bermuhasabah. Jadi apa tunggu lagi, ayuh, amalkan ikhlas kerana Allah!

Seperkara yang saya agak kesali ialah dahulu ketika memohon UPU, ada seketika saya merajuk dan berkata kepada mak & abah saya bahawa saya tidak mahu memohon UPU langsung. Saya tidak matang dalam berfikir. Sementalahan saya adalah anak sulung, jadi saya bersikap agak agresif dan cuba-cuba untuk mencorak peribadi sendiri. Ya, azam saya untuk ke UIAM mengambil undang-undang sejak berumur 14 tahun terus teguh saya pertahankan. Dan, alhamdulillah mak & abah akur & setuju. Cuba, ketika itu saya yang agak cuak jika pilihan pertama tidak dapat. Saya meminati bidang ilmu Islam, tetapi ketika itu saya cenderung untuk mengambil undang-undang. Saya percaya, Inshaallah saya akan menjadi 'alim dalam bidang Syari'ah. Ilmu Syari'ah penting untuk diceburi demi menjaga kemashlahatan Ummah & Deenul Islam itu sendiri. Inilah hikmah yang saya seringkali fikir & 'remain'kan ia di dalam hati. Dulu, jujur saya katakan, saya tidak berfikir begitu.

Ya Allah, ampunkanlah dosaku. amiin. Dan ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku serta jauhkanlah kami daripada azab api neraka.

Firman Allah taala dalam Sura Al-Isra' ayat 23 hingga 25:
"Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara mereka atau keduanya telah tua, janlah kau katakan "cis" pada keduanya dan jangan pula kau herdik keduanya namun ucapkanlah perkataan yang mulia (lemah lembut) pada mereka. Rendahkanlah sayap kehinaan (berhina dirilah) pada keduanya kerana kasih sayang dan katakanlah, "Ya Tuhanku! Kasihilah keduanya, sebagaimana keduanya telah mengasuhku ketika aku masih kecil". Tuhanmu lebih mengetahui apa-apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang baik, maka sesungguhnya Dia Pengampun terhadap orang-orang yang taubat (kepada-Nya). (17:23-25)


Alhamdulillah, saya sedar proses didikan Islam sangat bermakna untuk anak-anak. Anak-anak perlu sentiasa diperingatkan. Anak-anak perlu dijelaskan hujah kenapa perlu begini & begitu. Anak-anak perlu diberi kefahaman tentang 'aqidah, ibadah, akhalak & muamalah pengurusan diri & masyarakat. Anak-anak mesti diasuh dengan penuh disiplin supaya amanah dalam mentaati Allah dan RasulNya. Alhamdulillah, pendidikan di sekolah yang menitik beratkan pendidikan Islam sangat penting untuk setiap anak-anak. Namun, pendidikan di rumah tidak boleh diketepikan. Hati anak-anak mesti terus dididik supaya mengamalkan Islam sebagai cara hidup & sentiasa beriman & percaya, takut & harap hanya kepada Allah. Berkat pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-anak, mereka akan bersikap adil dalam tentatif harian mereka. Sentiasa beramal soleh & mengajak kepada kebaikan pada waktu & tempat yang bersesuaian samada ketika sendirian atau bersama orang lain.

Kepada mak & abah, Jazaklh khairan kathira (semoga Allah membalas mak & abah dgn kebaikan). Barakallahu fiikuma.

Kepada adik-adik saya, teruskan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Jaga keikhlasan menuntut ilmu kerana Allah! Jaga solat & sentiasa sabar! Orang beriman, bila susah & senang, dia tetap bersabar, kerana dia tahu rezeki, jodoh, ajal maut adalah ketentuan Allah. Allah Maha Teliti dgn apa yang kita kerjakan. Jadi, ayuh programkan diri kita dengan perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah.

Selamat berbakti kepada ibu & ayah!
Ayuh hayati nasyid indah ini, inshaallah dapat membantu untuk kita bermuhasabah. Sama2 kita memohon keampunan drpd Allah & memohon maaf daripada ibu ayah.
       

Allahummaja'lna min 'ibadika assolihiin wa aj'lna muqiima assolaah wa min dzurriyyatinaa...amiin
Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang soleh dan jadikanlah kamu dari kalangan mereka yang mendirikan solat (menyembahMu) dan begitu juga dengan zuriat kami.

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kepada kedua ibu bapaku & supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk di dalam orang-orang yang berserah diri."
(Al-Ahqaf, 46:15)

(du'a2 yg sgt penting untuk diamalkan)

Inshaallah, di bawah ini, saya kongsikan video ucapan kecemerlangan (Valedictorian Speech for IIUM Convocation 2007 IRK/HS) seorang Mu'minah, Sr Jannah. Alhamdulillah, berkat menjaga hubungan dengan Allah & insan terutama ibu bapanya, Alhamdulillah, dia cemerlang! Mabruk 'alayki ya ukht. Semoga Allah meredhai segala amal soleh kita. amiin.


Alhamdulillah, Semoga Allah merahmati, mengampun dosa-dosa mak & abah, kami & kita semua. Semoga redha Allah & Syurga al-Firdaus menjadi milik kalian berdua, kami, kita semua. Semoga mak & abah, kami & kita semua sentiasa bermanfaat untuk Islam ikhlas kerana Allah. Ya Ilahi Ya Rabbi, hadiahkanlah kami hidayah untuk sentiasa ikhlas & menjaga batas syariatMu & istiqamah mendaulatkan Deenul Islam Ya Allah. Ya Allah kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia & akhirah. Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami pasangan & zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang3 yang bertaqwa. Allahumma amiin.

Hajat sangat du'a dari kalian berdu'a ketika anakmu ini masih hidup menumpang di muka bumi Allah ini dan selepas anakmu ini mati & kembali pulang bertemu dengan Allah.

Sabda Rasulullah saw: "Du'a itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku aatu kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdu'a. [Hadis Riwayat al-Hakim daripada Abdullah bin Umar, Sahih al-Jami'al Saghir no. 3409]

Imam Ghazali menyebut di dalam Kitabnya Ihya' Ulumuddin: "Bagaimana du'a boleh mengubah qadak sedangkan qadak sudah ditetapkan & tidak boleh ditolak lagi? Ketahuilah sesungguhnya antara qadak Allah itu sendiri ialah menolak bala dengan berdu'a."

Mak sayang fillah bersama-sama teman pengajiannya di maktab perguruan
Khas untuk mak saya, anakmu ini sangat menghargaimu, mak selalu ada ketika along sedih & juga ketika along gembira. Mak banyak mengajar along untuk menjadi insan tabah & sabar. jazakillahu khairan jaza' kerana banyak mendu'akan anakmu yang lemah ini. Ampun & maaf dipohon darimu, mak.

Akhir kata, wahai hati & diri, hargailah ibu ayah. Berterusanlah menitip du'a untuk mereka berdu'a. Jika Allah sudah panggil mereka pulang, hadiahkanlah mereka dengan du'a. Marilah menjadi hamba Allah yang soleh, iaitu mereka yang mencintai Allah, RasulNya & kebaikan. Mari menjadi hamba Allah yang taat, yang sentiasa mematuhi & melaksanakan perintah Allah & meninggalkan larangan Allah. Anak yang soleh diterima du'anya oleh Allah & dapat menjadi bekal pahala ibu ayahnya walaupun sudah dijemput Allah ke alam baqa'.

Allah azza wajalla berfirman dalam Sura Luqman:
"Berterima kasihlah kepada-Ku dan pada kedua orang tuamu  (ibu bapamu). Kepada-Ku tempat kembali." (31:14)

Ya. Pasti. Kepada Allah kita semua akan kembali.

Allahu Taala A'lam. Barakallahu fiikum.


No comments:

Post a Comment