Saturday, April 28, 2012

Dear Kak Amnani ^_^


Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.



Alhamdulillah, hari ini happy (^_^) tapi sedih sedikit T_T sebab... hari ni last qiyamullail & riadhah bersama kak Amnani Abdullah Akhili. daripada first semester sampai lah k.amnani master, banyak sangat kenangan indah yang dicipta. Alhamdulillah. Jazakillahu Khayran Jaza' diats segala nasihat & motivasi akak. Inshaallah. smg Allah memakbulkan du'a akak. amiin. Ana minta maaf segala salah dan silap. Semoga Allah ampunkan ana dan kita semua. amiin. Nuhibbuki fillah ya habeebatiy ^^

Haflawatul Wada' yang dinanti: Here we come!!! ^^

(^_^) Sayang juga kakak kakak lain dan sahibah-sahibah semua fillah. Buat Nasirah, sahabat daripada kanak-kanak, harap awak jangan lupa kenangan kita yang tercipta.. pergi sekolah sama-sama, main kat rumah sama-sama, dan lain-lain. Juga buat kak Sofia Afzal, dan Icha semua. Alhamdulillah. Maaf jika ada yang tak tersebut. Antunna semua sama dan sangat bermanfaat ALHAMDULILLAH!
Nasyeed dibawah paling diminati oleh K.amnani & dipelopori olehnya.. Jazakumullahu Khayran Jaza' kpd k.nani & k.khairiah kamilah sayang ^_^

Semoga Allah memberkati segala kenangan kita. amiin. Semoga Allah izin kita dapat bertemu dan mencipta kenangan sentiasa. amiin.
Semoga Allah redha. Allahumma amiin.

(^_^) UHIBBUKUM FILLAH
JAZAKUMULLAHU KHAYRAN JAZA'
BARAKALLAHU FIIKUM.





Wallahu a'lam Bissowab.

Tuesday, April 10, 2012

Mati itu Pasti


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah 'ala kulli hal wa nikmah












Wallahu a'lam bissowab.

Sunday, April 1, 2012

Demam Masjid Kanak-Kanak

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur di atas rahmat dan kasih sayang yang Allah kurniakan. Selawat dan Salam ditujukan kepada Rasulullah saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda serta seluruh umat Islam yang memperjuangkan syi’ar Islam.

Alhamdulillah Allah masih bagi peluang untuk dapat berkata-kata dan mengarang tinta. Alhamdulillah Allah masih membimbing hambaNya yang lemah ini. Satu demi satu peringatan yang Allah beri kepada hambaNya yang sering lalai ini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, kak Raudhah Latif telah selamat melahirkan seorang mujahid.  Mabrook k.raudhah & ustaz muzakkir. Semoga 'mujahid' ini menjadi seorang yang soleh dan musleh, menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. amiin.

Alhamdulillah, kami sahabat-sahabat UIA sangat bersyukur dengan nikmat Allah ini. Kami semua dah jadi kholah alhamdulillah. Bagi saya sendiri, bersama kak Raudhah sejak dari Sekolah Menengah Ibn Khaldun, menuntut ilmu dan berjuang di UIA bersama, berbulatan gembira, bermusyawarah & berkhidmat bersama, terlalu banyak saat-saat indah yang  tercoret di hati dan terlakar di memori.


maaf saya x da nama lagi - baby mujahid :)

Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang sangat. Allah mudahkan urusan sahibahku ini. Banyak sangat perkara yang k.raudhah dah bantu ana. Ana teringat ana nak masuk uia, ana tanya akak, macamana cara nak pastikan kita masuk uia, dan tak masuk u lain? Kata k.raudhah buat permohonan semua kursus di UIA J Alhamdulillah saya buat! Dari first choice, laws uia sehinggalah ke last choice AED kebanyakannya UIA (walaupun tak minat sesetengah courses lain tu). Ada juga UM seingat saya. Selain itu, abah tidak benarkan. Yang penting Allah izin saya ke UIA. UIA impian saya kerana disini ada Bi’ah Solehah (suasana yang mengajak kepada beriman dan mengingati Allah, membawa kebaikan dan menjauhi kemungkaran) dan sahabat-sahabat yang soleh solehah. Teringat pesan seorang murabbi:

Jika kita nak berubah jadi baik kerana Allah, kita kena ada tiga komponen penting ini:

1. Guru atau murabbi yang soleh
2. Sahabat yang soleh
3. Bi’ah (suasana) Solehah

*soleh= yang baik, mentaati Allah & Rasulullah saw dan Allah redha & suka

Alhamdulilah tips inilah yang diperturunkan dari seorang junior ke junior-junior yang lain. Agak berkesan bukan? Tetapi Solahuddin Hassan tidak mahu mengikutnya. Kenapa ya Adin? Tak mengapalah.

Berbalik kepada poin utama. Alhamdulillah, Allah izin sudah dua bulan dapat mendidik di Taska Edu Care, IIUM, saya berasa sangat bersyukur kerana walaupun sibuk dengan classes, study, buku2, nota2 ,sahabat-sahabat yang memahami dan program2 majlis iman dan ilmu, Allah masih bagi peluang berdamping dengan insan-insan suci ini. Jujur saya katakan mereka mendidik hati saya  dan menghiburkan. Mendidik dan terdidik.

Namun, kadangkala mereka ini men’demam’kan diri ini. Mereka sangat suka bermain! Namun begitu, mereka sangat rajin, bijak dan cepat tangkap. Biasalah kanak-kanak ribena, bermain adalah agenda utama. Semoga Allah setiasa memelihara mereka dan menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah dan bermanfaat  kepada Islam. Saya pernah tanya kepada seorang yang rajin, Munif Shahim, siapa yang jadikan munif rajin? Jawabnya sambil tersengih-sengih, mama! Begitu juga dengan jawapan syahir! Sama sahaja. Sungguh, ibu dan ayah sangat dekat di hati anak-anak. Namun, penting sangat untuk dekatkan mereka dengan Allah. Semua kebijaksanaan dan kepandaian datang dan dikurniakan oleh Allah.

Normalnya, jika kita bertanya siapa yang jadikan kamu? Automatic mereka kan jawab ALLAH! Alhamdulillah bijak sekali! Jika tanya siapa yang jadikan batrisya comel? Jawab batrisya, mama! Pulak, Allah yang jadikan batrisya comel, terkebil-kebil matanya berfikir akan jawapan tu.

Disini, dapat dilihat ya bahawa hati dan jiwa mereka ini sangat suci dalam fitrah mengimani Allah swt. Tetapi akal mereka terbatas. Jadi penting untuk mendidik hati mereka mengenal Allah. Apabila hati hidup, berfungsi dan teguh beriman kepada Allah, anggota-anggota zahir yang lain akan turut meyakini keagungan Allah. 

Didiklah anak-anak dengan Al-Qur’an, membiasakan mereka dengan kalamullah akan memeberi  galakan untuk mencintai Allah, mengubah diri dan sentiasa bertaubat kepada Allah.  Kadangkala terdengar anak-anak kecil yang menghafal lagu yang sia-sia, saya rasa sangat sedih, apakah mereka faham apa yang mereka lagukan.

Jika sudah sampai umur baligh, jika sesuatu amal tidak ikhlas dan tidak mengikut syariat Allah, Allah tidak akan terima. Rasa takut sangat dengan peringatan Allah ini. Susahnya untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Soal ikhlas adalah soal besar yang tidak boleh dibuat main. Soal khusyu’ kita dalam solat juga soal besar. Banyak soal-soal besar yang perlu dipersoalkan dan dijanakan dalam hati dan diri. Semoga Allah memudahkan urusan menjadi hambaNya Yang berperibadi besar, dan bukannya berbesar diri!

Saya juga lihat anak-anak  ini berwawasan, meraka suka main keluarga-keluarga. Syahir jadi ayah, maisarah jadi nenek, nasrin jadi mak, batrisya jadi baby, arfa, nurin, naufal wa’ie, munif shahim, faqihah jadi adik-beradik (^_^) yang paling mengelikan hati, syahir suruh ustazah jadi masterchef! Syahir syahir, bijak sungguh! Macam tahu-tahu saja ustazahnya tak berapa reti masak. Pandai dia memotivasikan orang yang lebih tua.  

Alhamdulillah. Saya berharap anak-anak murid saya semua ini dapat berjumpa semula apabila mereka dah besar nanti. Seperti anak-anak tadika Tarbawi seperti basyir, sobir sekarang semua dah besar-besar, nak UPSR.

Basyir,  anak guru saya, menggunakan nama Basyir Horick dalam fb, apalah maksudnya?? (lebih baik guna nama yang mama basyir beri, mama (Teacher Muzlifah) pernah cerita waktu baby, basyir senyum dan ketawa-ketawa ketika mama dan yang lain panggil basyir, jadi nama basyir dipilih, alhamdulillah maksudnya pun baik, pemberi berita gembira) Gunalah nama yang asli, nama menggambarkan peribadi dan memotivasi hati dan diri untuk jadi seperti nama kita.

Dan cikgu nampak Basyir suka like-like dalam fb. Mesti suka membaca. Alhamdulillah if benda baik tidak mengapa. Namun, Amaran! Facebook bukan dicipta untuk kanak-kanak buka akaun ya, jadi berhati-hatilah! Jgn guna untuk perkara yang sia-sia. Manfaatkanlah ia hanya untuk perkara dan meraih ilmu-ilmu yang bermanfaat. Nasihat ustaz saya dalam kelas kaedah-kaedah da’wah, ilmu yang bermanfaat ialah yang melahirkan rasa khasyatullah (takut pada Allah) dan ilmu-ilmu yang mendidik untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Begitu juga yang saya harapkan kepada anak-anak Ibnu Khaldun saya, 1 Abu Bakar, menjadi guru kelas kepada mereka banyak mendidik hati saya untuk sabar. Kelas macam tongkang pecah. Alhamdulillah dapat sama-sama mereka untuk cantikkan. Kanak-kanak perlu dibantu untuk mereka tahu mengurus diri dan menjaga kebersihan kerana Allah. Jazakillahu Khayran Jaza’ kak Asma’ Shamjuddin kerana memberi peluang kepada hamba Allah ini untuk mendidik mereka.








rindunya semua. semoga Allah mengizinkan bertemu mereka. amiin.

Ingat pada Sabrina, I Aisyah yang sangat unik perangainya. Semoga Allah sentiasa memberikan kesabaran kepada sahabat saya, Izyani Rais dan semua pendidik-pendidik dalam mendidik mereka.

Rindu sangat pada Yani (^_^) Post ini istimewa untuk awak juga. Nanti awak bolehlah menulis pengalaman mendidik dan terdidik awak sepertimana yang kita pernah bincang dulu. Inshaallah menarik dan boleh diambil pengajaran Inshaallah. Mengajar kanak-kanak tadika disini mengingatkan diriku kepada permata-permata hati kita. Nanti tolong kirim salam sayang mereka ya. (jika mereka faham) Minta mereka sentiasa du’akan cikgu mereka ini. Mereka sangat baik hati.

Walaubagaimanapun, antara yang penting dalam seni mendidik pernah baca daripada Hadith Rasulullah saw, kita sebagai pendidik perlu sentiasa memaniskan wajah terhadap anak didik kita. Ini kerana setiap sifat mahmudah yang kita zahirkan dalam proses pendidikan itu, dalam masa yang sama mereka mencontohi dan ambil tauladan inshaallah. 

Sebelum ralit, disini, hajat sangat merakamkan jutaan penghargaan kepada Ukhti Hanis Amirah tersayang, Jazakillahu Khairan Kathira sebab bantu gantikan mengajar anak-anak soleh solehah ini hari khamis yang lalu. Alhamdulillah. Namun, pada hari jumaat saya agak terkejut melihat telatah mereka, mereka yang dahulunya 70 % disiplin automatically jadi sangat lincah & agak naughty2 sikit.

 Disini, saya dapat rumuskan perlunya ketegasan yang berterusan dan moderat daripada seorang guru. Guru perlu focus dalam mencurahkan kasih sayang dan mendidik mereka. Biasanya, mereka ini akan manja dengan seorang guru yang baru. Dan mengaplikasi  segala ilmu baru yang dicurahkan. Kesannya, daripada tak berani, mereka jadi berani-berani sahaja melukis dan melakar di papan putih. Sesuatu yang di luar kebiasaan. Tak mengapalah.

Seterusnya, Alhamdulillah bagi siapa yang Allah pilih ke UIA, memang bertuah! Kenapa? Sebab di masjid ramai sangat kanak-kanak yang berbagai-bagai bangsa, warna & telatah.Namun, saya agak gusar kerana binaan strukturnya tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh. Di selusur tangga ada ruangan yang agak besar yang mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak kecil jatuh jika mereka tergelincir atau tertolak ke bawah. Agak seram bukan?

Sebaik-baik perlindungan adalah daripada Allah. Pernah terdetik ingin report tetapi selalu terlupa. Inilah hikmah menulis! Alhamdulillah kita dapat ingat sesuatu yang penting yang mungkin dirasakan enteng! Report ye!

Mungkin kena buat jarring-jaring besi di selusur tangga itu. Masjid rumah mulia Allah. Sebaik-baik penjagaan adalah daripada Allah. Inshaallah.

Pernah dengar satu kes yang boleh dipercayai, dulu Allah izin ada seorang pelawat luar Negara terjatuh dari loteng di tingkat paling atas dan mati di tempat kejadian. Tempatnya adalah dibahagian tangga hadapan masjid. Dari sumber yang dipercayai, dia menceritakan pelawat tersebut cuba nak naik dibahagian atas sekali. Namun, Allah izin terjatuh ke bawah (di tengah ruangan kosong tangga. Alhamdulillah sekarang ini sudah diletakkan pagar disitu.

Saya pernah pergi ke tempat kejadian. Memang bahaya dan pasti akan jatuh jika ada yang berani cuba-cuba panjat ke sana. Allah sebut dalam Sura al-Furqan, antara ciri-ciri hamba yang diredhai Allah ialah mereka yang tidak menjerumskan diri ke jalan kerosakan. Ok. Ambil pengajaran inshaallah.

Selain mendidik dan menuntut ilmu, semua amal, pertuturan & niat, semuanya mestilah kerana Allah! Semoga Allah menghadiahkan hidayah untuk beramal soleh kerana Allah berfirman dalam Sura An-Nisa' ayat 57, terjemahannya:

 "Dan orang yang beriman dan beramal soleh, akan Kami (Allah) masukkan mereka ke dalam Jannah (taman/ Syurga) yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, (dan lagi) di dalamnya mereka memperolehi isteri-isteri yang suci, dan Kami (Allah) masukkan mereka ke bawah naungan yang selesa."






Alhamdulillah. happynya mereka :)

Inshaallah dikongsikan satu du'a untuk memperoleh anak-anak yang soleh solehah (petikan dari majalah Solusi). Du'a daripada Surah Al-Furqan. Satu daripada sifat-sifat orang beriman yang disebut oleh Allah. Inshaallah boleh amalkan setiap kali selepas solat fardhu, selepas membaca Al-Qur'an atau bila-bila masa. Sesungguhnya Allah sangat dekat. Mintalah kepadanya. Semoga Allah redha. amiin.

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdu'a dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." (Surah Al-Furqan: 74)


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya)." (Surah al Hujurat : 15)

SINERGI KEKUATAN MEMACU PERUBAHAN

http://www.haluan.org.my/v5/index.php/kolumnis/bicara-presiden/1547-sinergi-kekuatan-memacu-perubahan   wahai hati & diri ini, bagkitlah dari lenamu yang panjang. Allahu Akbar! Wallahul musta'an.

Wallahu a’lam.

pen off.

Saturday, March 31, 2012

Muhasabah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur kepada Allah & Selawat dan Salam ditujukan kepada Rasulullah saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda & semua hamba Allah & khalifatullah yang berjuang mendaulatkan syariat Islam.

Firman Allah taala dalam Surah Ar-Ra'd ayat 26, terjemahannya:

"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) berbanding kehidupan Akhirat."


jangan berangan-angan ke SYURGA tanpa amalan yang melayakkan dirimu ke SYURGA.
jangan bermimpi agar dirimu tidak akan ke NERAKA jika amalanmu hanya senda gurau dan penuh kelalaian.

....muhasabahlah wahai diri......


note: pernyataan ini membuatkan hamba Allah yang kerdil ini berfikir dan terus berfikir.  Layakkah?? Hanya Allah yang tahu & akan mentukan. Allah Maha Teliti dengan apa yang hamba-Nya kerjakan.

Wa Rabbuna Rahmanul Musta'an


Berzikirlah dgn hati yang ikhlas kerana Allah kerana dengan berzikir mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 

"Dan orang2 kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan kpdnya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya Allah menyesatkan* siapa yang dia kehendaki dan memberi petunjuk orang yang bertaubat kepada-Nya," 

(Ar-Ra'd: 27)

"(iaitu) orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

(Ar-Ra'd:28)


"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh  sembilan nama, kurang satu seratus. 
Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) 
dan menyukai (bilangan) yang ganjil."

 (Hadis riwayat Bukhari & Muslim) 





wallahu a'lam.

Thursday, March 29, 2012

Think, Inquire, Decide & Submit

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, dengan izin Allah, pada minggu cuti lepas, dapat rujuk semula buku Wang, Anda dan Islam di rumah tulisan Al Fadhil Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman.

Saya pernah membelek buku ini sebelum ini, tetapi mungkin hidayah Allah tak sampai lagi untuk menghayatinya ketika itu. Saya tertarik untuk membaca isu mengenai kerjaya peguam dan pemasaran produk pinjaman riba. Al Fadhil ustaz mulakan perbincangan dengan menyentuh hukumnya berdasarkan dalil daripada ayat Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah saw. Wallahu a'lam.

Inshaallah disini saya kongsikan penulisan mendidik dari Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Semoga Allah sentiasa menghadiahkan hidayahNya & memudahkan urusan untuk beramal soleh dengan ilmu yang diperoleh secara ikhlas kerana Allah.

Sebelum itu, saya teringat nasihat pendidik yang dihormati fillah. Peringatan dari murabbi (pendidik): "Apabila seseorang itu bercakap fikrah, menulis fikrah, namun tindakannya tidak fikrah; maka ia tidak fikrah namanya. Ini bukan fikrah Islam."

Allah sebut dalam Al-Qur'an, manusia sejak dilahirkan, alhamdulillah mempunyai fitrah beragama, suka kepada kebaikan dan membenci keburukan. Fikrah menentukan tindakan seseorang. Jika seseorang individu mempunyai fikrah yang syumul yakni kefahaman Islam yang sempurna, setiap perlakuannya samada terang-terangan atau sembunyi adalah ikhlas kerana Allah dan mengikut syariat Allah. Jadi memiliki fikrah atau tidak hanya Allah taala yang tahu kerana ia adalah lestari dari Iman yang berfungsi dan hidup di dalam hati. Wallahu a'lam.

Perkongsian Al-Fadhil Ustaz adalah seperti berikut:

Allah swt mengizinkan umat manusia untuk menikmati apa yang baik di dunia ini. Dicatatkan di dalam Al-Qur'an, firman Allah swt:

Ertinya: "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu , maka berjalanlah di segala penjurumu dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Al-Mulk: 15)

Oleh kerana itu, umat Islam perlu menyedari dan merasai bahawa setiap kali mereka berniaga, bertani dan berusaha keras di dalam kerjaya halal, sebenarnya mereka sedang melaksanakan ayat Allah yang disebut diatas. Ia sekaligus menambah amalan soleh yang dengannya mampu menghampir diri kepada Allah swt.

Mengehadkan amalan soleh kepada perilaku ibadat khusus seperti zikir, solat, umrah, haji, sedekah dan lain-lain ibadah khusus adalah tidak tepat. Jika diselami erti ayat di atas, ia membuktikan bahawa berusaha dan memeriahkan dunia dengan kerjaya dan perniagaan yang bermanfaat lagi halal adalah sebahagian daripada ibadat selagi menuruti syarat-syarat kerjaya yang ditetapkan Allah swt dan Rasul-Nya.

Islam telah meletakkan prinsip yang amat jelas dan terang dalam setiap urusan pemerolehan harta agar prosesnya tidak menzalimi pihak lain secara sedar atau tidak sedar.

Pada masa yang sama Nabi saw mengingatkan kita bahawa:

Ertinya: "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta." (Riwayat At-Tirmizi, no 2337; Ibn Hibban, Al-Hakim: Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi.

Allah swt menegaskan:

Ertinya: "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya disisi  Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. (Al-Kahfi: 46)

Menurut Syeikh Ibn Asyur, ayat daripada Surah Al-Kahfi diatas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh, dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan daripada harta yang banyak tetapi tidak halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat faedah pinjaman yang rendah di bank konvensional, ia bukanlah amal soleh kerana ia adalah riba yang haram.

Malangnya bagi umat Islam, apabila bercerita berkenaan perbankan Islam yang halal, yang paling diberikan perhatian 'mega' adalah harganya yang lebih mahal daripada konvensional. Tidak terlihat langsung akan elemen halal dan haram dalam minda dan hati. Padahal, mengagahkan diri menggunakan perbankan Islam walaupun lebih mahal sedikit berbanding konvensional adalah merupakan satu amal soleh yang amat terpuji dan dipandang oleh Allah swt. sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Jika pertimbangan keduniaan mengusai diri, ia adala satu tanda dan bukti umat islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Padahal, tiada yang lebih zalim daripada sebuah bank yang menyediakan  perkhidmatan haram riba, tidak kira semurah mana sekalipun tawaran mereka. Ia adalah kerana bank konvensionaltersebut telah menawarkan riba haram dan ia adalah amat zalim menurut hak Allah swtwalaupun amat menarik disisi mata dan hati manusia.

Allah swt mengingatkan kita lagi bahawa:

Ertinya: "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." (Al-Isra': 21)

 Nabi Muhammad saw menegaskan:

Ertinya: "Tidak akan lepas dua kaki anak Adam di Akhirat di hadapan Allah swt, kecuali setelah ditanya lima perkara: Tentang umurnya dimana ia habiskannya, tentang kepemudaan dan kepemudiannya dimana digunakan, dan tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakannya, dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya." (Riwayat At-Tirmidzi, no 2416; Albani: Sohih)

Dalam mengupas isu khusus berkenaan kerjaya peguam dan pemasaran produk pinjaman riba. Al Fadhil ustaz mulakan perbincangan dengan menyentuh hukumnya berdasarkan dalil daripada ayat Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah saw.

Dalil pertama (a), Allah swt menegaskan, terjemahannya:

"Dan janganlah kamu bantu-membantu dalam urusan dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2)

Dalil kedua (b), Hadis Rasulullah saw:

Ertinya: Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya ." (Riwayat Tarmizi, no 1925; hlm 307; At-Tirmidzi: Gharib; Albani: Hasan Sohih)

Keterangan: Walaupun hadis ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada  kaedah qiyas dalam Islam.

Dalil yang ketiga (c) ialah, Nabi Muhammad saw menyebut:

Ertinya: "Dilaknati Rasulullah saw pemakan riba dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya." (Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi dan Albani: Hasan Sohih)

Keterangan: Ingin saya jelaskan disini bahawa maksud hadis ini merangkumi:

(i) Pemakan Riba: Individu yang mengenakan riba terhadap pinjamannya dan yang menjual barangan ribawi secra riba lalu memakan untungnya, termasuk di dalamnya pelaburan secra deposit tetap yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah riba secara sepakat ulama’

(ii) Pemberi Riba: Individu yang menggunakan khidmat yang berunsur riba walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.

(iii) Saksi: Individu yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi riba, sebagaiman tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan riba, samada pinjaman pelajaran, perniagaan dan lain-lain.

(iv) Penulis: Peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insurans dan pelaburan konvensional.

Dalil yang keempat (d) merujuk hadis Nabi saw:
Ertinya: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.”

Keterangan: Dalam hal ini, walaupun hadis ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama riba yang lebih besar dosanya daripada arak. Justeru sama seperti hadis diatas, barangsiapa yang telah mengetahui riba itu haram dan masih bekerja sebagai pegawai pemasaran atau peguam, maka haram memakan hasil daripada jualannya dan jangan pula menjualnya.

Dalil yang kelima (e), Nabi Muhammad saw mengingatkan:
Ertinya: “Apabila terzahirnya dengan meluas akan riba dan zina, maka (tindakan) mereka telah menghalalkan (untuk turunnya) azab Allah ke atas mereka.” (Riwayat Al-Hakim, 2/37 dan Abu Yu’la; Al-Hakim: Sohih dan disepakati Az-Zahabi; Albani: Hasan)

Keterangan: Maka, hubungkait peguam dan semua pegawai pemasaran yang terlibat secara langsung menyediakan dokumen pinjaman riba dan mempromosikannya adalah termasuk dalam kategori menyebarluaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru hukumnya amat jelas.

Banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil di atas tadi. Justeru, berdasarkan dalil-dalil ini, saya memberi jawapan jelas dan tepat bahawa semua peguam yang membantu menyediakan dokumen riba, mengikut konteks hadis, mereka termasuk dalam kategori hadis (c) sama ada dengan suka atau tidak.

Tujuan untuk mendapat bisnes atau tidak bukanlah isunya. Tiada hujah maslahat boleh diguna untuk mempromosi dan membantu riba yang jelas, demikian ditegaskan oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.  Ia berbeza dengan kerja di institusi konvensional secara tidak langsung.

Jika ditanya, bagaimana pula dengan ribuan peguam pada hari ini? Jawapan pertama sebagaimana ditegaskan Allah swt:

Ertinya: “Dan jika kamu menuruti orang yang ramai di atas muka bumi ini maka mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” (Al-An’am: 116)

Ini memberi maksud bahawa jumlah yang ramai dan diamalkan di seluruh dunia tidak menjadikan yang haram itu halal. Kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain dan ia pula terdiri daripada jenis hukum yang tidak ada nas spesifik atau ‘zhonniyah’ iaitu tidak qat’ie. Bagaimanapun riba tidak termasuk dalam kategori ini, kerana pengharamannya adalah PUTUS (qat’ie- tidak berubah menurut zaman dan tempat).

Para peguam masih boleh mendapat wang yuran melalui aktiviti lain seperti merangka draf atau dokumen jual beli rumah yang biasa, sewa dan yang lain-lain yang tidak melibatkan riba. Ia adalah harus dari sudut hukum.

Jika ada pula yang ingin berhujah menggunakan hadis:

Ertinya: “Akan datang satu zaman di mana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya.” (Riwayat Abu Daud)

Hujah ini tidak boleh diterima untuk bersikap mengambil mudah terhadap riba, tambahan pula tahap hadis ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak  pernah bertemu Abu Hurairah r.a.

Berkenaan isu gharar (uncertainty), Al fadhil Ustaz menerangkan bahawa perlu menyemak akan hal consultation fees bagi peguam atau perunding. Adakah ianya dimaklumkan di peringkat awal atau tidak. Jika tidak, ianya semua adalah pendapatan yang syubhah dan amat mudah jatuh kepada haram menurut Syariah.

Wallahu a'lam. 

Rujukan: Wang, Anda dan Islam (Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan) oleh Zaharuddin Abd Rahman terbitan Truewealth Publishing.

Zaharuddin Abd Rahman berpengalaman luas dalam bidang Syariah, kewangan dan perbankan Islam. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Universiti Antarabangsa Malaysia di Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Beliau juga adalah Penasihat Syariah kepada beberapa buah institusi kewangan tempatan.

Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai ketua Jabatan Syariah Asian Finance Bank Berhad, Pengurus Kanan Pembangunan Produk di RHB Islamic Bank Berhad dan Eksekutif Syaeiah Ingress Corporation Berhad.  

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya dan Sarjana (MA) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan.

Profail terkini adalah seperti di link ini http://www.zaharuddin.net/profile.html


Wallahu a'lam.

ALLAH DOES!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, all praises is due to Allah, we praise and seek for His blessings. May Allah bless His beloved Prophet Muhammad saw, his families & companions, tabi’in, tabi’ tabiin & all Muslim & Mu’min who strive the best to uphold Islam in the Universe. Allahu Akbar!

When there’s a will, there’s a way! Alhamdulillah, I  just come to the inspiring talk on Palestine in the Light of Qur’an delivered by Sheikh Imran Hussain at Sultan Haji Ahmad Shah Masjid (SHAS) tonight.
Plus, it proceed with Qiyamullail for Syria & Palestine will be held here too. Am glad to be here instead of worrying with a lot of reminders & warnings notice here & there around masjid. It warns us to keep our belongings because thieves are just around you! Subhanallah, hard to believe isn’t it? Thus, I warn myself more because I don’t want to be the victim again. Previously, I was the one who being selected by Allah to be the victim and the detective as well!
This is not the main story. The main point is how to increase my level of knowledge & wisdom? Allah gave me this opportunity to realize it is paramount for you to read history! To keep abreast with knowledge other than your specialization! Even you are reading law, studying engineering, economics etc, you need to know the history! Manage your time to read history. The great sources should be the Words of Allah in Al-Qur’an, Hadith Qudsi which come from Allah’s words & other sahihul Hadiths.

~INNA SOLATI WA NUSUKI WA MAHYAYA WA MAMATI LILLAHI RABBIL ‘ALAMIN~

Many recordings you had recorded. But, how many knowledge that comes to practice. Or even, you disseminate it. Indeed, I am not strong enough to bear the challenges alone. Put trust on Allah & constantly paying efforts for His sake. Surely it yields success! Maybe now, maybe tomorrow, perhaps in the Hereafter  whilst we together meet Allah.  

I don’t know what tomorrow holds, but I know who holds tomorrow. ALLAH DOES (^_^)
Oh Allah, in you we have place our trust and to you do we turn in repentance for unto you is the end of all journeys (Sura al Mumtahanah: 4)

Mode:  need to re-listen this instructive lecture talk back, read, read, read and read for His sake! Wallahul musta’an. Allahumma amiin. In need du’a from all of you!




Hasbunallaha wanikmal wakel

Wallahu a'lam.

Wednesday, March 28, 2012

Tentang SYRIA Bumi Kita

Sabda Nabi s.a.w: "Mereka yang tiada mengambil hirau urusan Muslimin bukan dari kalangan kami" 
Riwayat Al-Baihaqi









Alhamdulillah Malaysia masih tidak diuji lagi.....semoga Allah memberkati. Amiin. Wallahu a'lam Bissowab.