Wednesday, July 4, 2012

Hikmah DIDIK


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur di atas rahmat dan kasih sayang Allah. Selawat dan Salam ditujukan kepada Rasulullah saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda, para tabii’n, para tabi’ tabii’in serta seluruh umat Islam yang memperjuangkan syi’ar Islam.

Alhamdulillah Allah masih kurniakan modal kehidupan kepada kita semua. Alhamdulillah, sangat bersyukur Allah pilih mendidik, dididik dan terdidik disini. Di Ibn Khaldun i.e di Sekolah Rendah Ibn Khaldun. Alhamdulillah, isi pengisian yang disampaikan oleh seorang syuyukh di dalam perjumpaan guru-guru pagi kelmarin sangat berhikmah.  

Penyampai memulakan penyampaian dengan mengajak kami bermuhasabah bahawa yang menilai kita adalah Allah. Tugas kita ialah mendidik manusia dan kita mendidik manusia supaya takut kepada Allah. Pesan IHAB matlamat hidup kita dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Qur’an. Ada manusia yang tujuan hidupnya ialah untuk makan dan berseronok. Ini adalah orang yang ingkar dengan ayat Allah, dia hanya berseronok dan suka-suka dalam hidupnya.  Hidupnya untuk makan, memuaskan kerongkong, mulut dan lidah. Namun, akhirnya tempatnya di neraka. Nauzubillah.

Hakikatnya, setiap saat kita mesti hubungkan diri kerana Allah. Dalam proses mendidik ini kita tidak boleh marah secara keterlaluan.  Kita mesti berjuang dan berjihad meletakkan Allah dalam pemikiran kita. Kita mesti banyak bersabar dan berhikmah.

Jika kita ingin merasai hubungan dengan Allah , yang dituntut ialah perjuangan dalam meraih keredhaan Allah dan berjuang melawan bisikan hawa nafsu dan godaan syaitan. Yang paling penting, merasai hubungan dengan Allah dan menggunakan cara yang menyentuh hati untuk mencintai Allah dalam mendidik mesti dilazimi. Inshaallah.

Kedua, ada golongan yang hidup untuk tujuan perhiasan, keindahan dan harta benda. Mereka menyukai emas, perak yang berpikul-pikul. Jika kita lihat Sirah Rasulullah dan para sahabat Rasulullah saw, para sahabat Rasulullah saw takut untuk menyimpan harta, sebab takut dengan tanggungjawab terhadap harta-harta tersebut. Mereka menggunakan harta untuk mendapat keredhaan Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah saw seperti Sayyidina Abu Bakr As Siddiq a.s, Sayyidina Umar al-Khattab dan lain-lain, mereka sebenarnya kaya tetapi menjual segala-galanya untuk mendapat keredhaan Allah.  

Sekarang kita banyak mencari untuk keperluan diri kita. Nilaian untuk bersyukur sudah berubah. Nilaian manusia cepat berbeza tetapi kita semua adalah sama disisi Allah secara tetap. Sekarang ramai manusia yang lalai dan leka dengan wanita, anak-anak, serta kekayaan.

Ketiga, ada golongan yang suka membuat fitnah. Fitnah ialah punca kejahatan dalam kehidupan. Ia adalah ibu yang melahirkan kejahatan. Ada segolongan manusia yang tertarik dengan cakapnya yakni orang yang suka berbuat fitnah ini. Dia nampak seperti menyeru kepada Allah tetapi dia sebenarnya adalah musuh ketat Allah. Apabila dia mendapat kuasa, dia akan menggunakan kekuasaan untuk memusnahkan kesejahteraan dan dia menentang Allah.

Dalam mendisiplinkan pelajar, kita mesti mengharapkan Allah membantu menghadiahkan hidayah supaya para pelajar insaf. Allah uji kita dengan masalah kerana Allah ingin lihat bagaimana kita bertindak. Para guru atau murabbi diberi tugas untuk mendidik manusia. Kita tidak pilih kerjaya guru ini, kita tidak lahir-lahir, kita sudah tahu kita semua akan mengajar di Ibn Khaldun. Tetapi, Allah yang pilih kita. Jadi, kita kena rasa tanggungjawab apabila ini adalah diatas pilihan Allah.

Kita bertanggungjawab untuk menjadikan hati anak-anak kita tersentuh kerana Allah. Seorang guru di Azhar yang buta dan mengajar Al-Qur’an dia menggunakan uslub merotan pelajar-pelajarnya yang salah membaca Al-Qur’an. Para pelajarnya dalam lingkungan umur 20 an. Ini tidak mengapa. Dia perlu tegas. Allah uji dia cacat penglihatan. Dengan dia merotan, ini mendidik para pelajar supaya tidak main-main dalam membaca Al-Qur’an, Hati dia tidak buta. Dia boleh tahu pelajar membaca Al-Quran secara baik atau tidak.

Setiap apa yang dilakukan ialah ujian. Ia yang membuat kita percaya bahawa Allah Maha Melihat. Allah ingin lihat adakah kita marah semata-mata atau adakah kita mencari Redha Allah. Adakah Allah suka?

Satu kisah yang dikongsikan oleh penyampai, seorang Imam telah naik bas yang dipandu oleh seorang driver bus. Driver tersebut non-Muslim. Tiba-tiba, ketika sudah tiba di destinasi, imam terperasan duit baki tambang terlebih 20 sen. Dia terus segera memulangkan 20 sen itu kembali. Driver mengucapkan terima kasih dan berterus-terang bahawa dia sengaja memberi lebih 20 sen kepada Imam. Dia ingin menguji samada orang Islam yang menganut Islam jujur ataupun tidak. Bagaimana sebenarnya keindahan Islam. Ini kerana dia berminat ingin masuk Islam, tetapi mahu meninjau dahulu keindahan Islam itu sendiri. Bagaimana umatnya mempraktiskan Islam dalam kehidupan. Imam tersebut dalam hati memanjatkan rasa syukur kepada Allah. Beliau bersyukur kerana dapat menyelamatkan maruah Islam. Alhamdulillah.

Apabila kita berhadapan dengan ujian, kita mesti berjihad serta bersungguh-sungguh menghadapinya. Apabila kita bertemu Allah, Inshaallah kita boleh persembahkan yang terbaik.

Points yang penyampai higlightkan diakhir kalam tarbawinya antaranya ialah kepercayaan kita adalah tindakan kita. I feel I think, I do. Kita mesti lihat potensi pelajar. Kepercayan penting untuk menilai sesuatu. Kita mesti fikir senang dan Inshaallah ia akan jadi mudah.

Para sahabat berjuang kerana kepercayaan kepada Allah. Penyampai telah berkongsi ketika di Gaza, saudara kita di disana menasihatkan bahawa kamu tidak perlu datang kesini. Biar kami berjihad dan berjuang disini. Apa yang penting yang perlu kamu buat ialah kembali ke negara kamu dan berjihad disana dan bantu kami disini. Dengan itu, inshaallah ganjarannya akan sama dengan kami yang berjihad disini. Walaubagaimanapun, jika kamu ingin bersama kami disini, persiapkan diri untuk lima tahun akan datang, dan Inshaallah kita bertemu disini.

Selepas itu, penyampai dan ahli rombongan yang lain diajak naik ke tebing yang tingginya 75 degree agak-agak 3 kali tinggi pokok kelapa di tepi kelas tahun 6 Aisyah, Sekolah Rendah Ibn Khaldun. Apabila ketua guard disana melepaskan tembakan, semua dikehendaki berlari naik ke tebing tinggi tersebut. Dalam sehari, di Gaza sana, mereka menjalankan latihan dengan naik ke atas tebing tersebut 80 kali sehari. Allahu Akbar!

Kepercayaan kita disini berbeza dengan mereka disana. Anak mereka, hubungan mereka dengan Al-Qur’an kuat. Anak-anak kita problem. Contoh paling dekat kita lihat berapa ramai anak-anak kita bangun bersolat jamaah subuh di surau kita ini? Ada atau tidak? Jadi kita mesti usaha untuk beri anak kita peluang bangun subuh awal, kita kena bangun awal, kejut anak sebelum subuh dah bangun. Avoid giving many excuses. You’ve right to give excuse here, BUT, in front of Allah, is that excuses valid in the eyes of Allah? 

Apabila duduk dalam organisasi kita kena lihat tanggungjawab kita. Kita kena lihat nilai Allah dalam persoalan kita. Kita mesti sabar. Penyampai berkongsi perumpamaan dengan satu sketsa.

Bayangkan jika kita sudah berkemas  hendak pergi kerja dengan kot, kemeja dsb. Tiba-tiba ketika minum  kopi, anak kita berlari meluru nak keluar rumah dan  terlanggar air kopi yang kita minum. Habis basah seluruh baju kemeja dan kot dengan kopi. Apa yang kita buat? Bayangkan jika kita memarahi anak kita on the spot, marah-marah dan terus marah tanpa nasihat yang berhikmah. 

Dan kemudian kita menyalin pakaian baru. Tiba-tiba, nampak anak di ruang tamu, tidak naik ke bus sekolah yang ambil dia setiap hari. Anak merajuk kena marah dan tak mahu ke sekolah dengan bus sekolah. Apalagi, jika tak sabar, terus memarahi  anak lagi. Kemudian nak hantar anak pergi sekolah, sambil marah-marah dalam kereta. Anak terus merajuk dan makan hati sampaikan tertinggal beg sekolah dalam kereta. Apabila setengah jalan, baru perasan beg sekolah tertinggal lantas kita berpatah balik berikan beg kepada anak di sekolah. Dan, terus marah-marah lagi. Dan seterusnya?

Cuba kita bayangkan,jika kita sabar hikmahnya lebih baik inshaallah. Dan kita nasihat anak-anak dengan baik dan kita percaya bahawa  Allah yang izin perkara iaitu air itu tertumpah. Two approaches that give 2 different side effects. 

Stephen Covey pun pernah dalam penulisannya menyebut tentang ini, incident happens only 10 %, nevertheless, our approach effects another 90%. If we handle it wisely, worst things will never happen. If we manage to make it worst, the worst will turn to 90% and goes totally to 100%. It more worst than before. 

Apabila ujian Allah datang, kita mesti lihat dengan penuh kebaikan. Kita mesti melihat ujian dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Allah. Kalam diakhiri dengan peringatan supaya yang benar itu perlu diperkatakan. Sekarang ialah masa untuk kita bekerja. Kita bekerja. Dan ia akan dinilai oleh Allah. Kita akan berjaya jika mendapat redha Allah. Mesti kerja sungguh-sungguh untuk melahirkan komitmen dan hamasah kepada Allah.


HIKMATUS SYUYUKH FII HAMASATIS SYABAB ~Sheikh Umar al-Tilmisani
(Hikmah orang tua bersama semangat orang muda)


Jazakumullahu Khairan Kathira
Wallahu a’lam Bissowab.