Saturday, November 26, 2011

Sihat tanpa Maksiat


Alam adalah guru yang berkesan
 
Rasulullah saw bersabda: "Setiap umatku mendapat perlindungan afiat kecuali orang2 yg terang-terangan. Dan sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukn suatu perbuatan (dosa) pd malam hari, kemudian dia berada pada pagi hari, padahal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, 'Hai fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begini', padahal Rabb-nya (Allah) telah menutupinya, namun kemudian dia sendiri yg menyelak apa yg ditutupi Allah pd dirinya." 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rujukan: Ubat Lemahnya Iman, Muhammad Sholih Al-Munajjid- fenomena lemah iman yg 1 ialah melakukan kedurhakaan & dosa. 
Di antara org yg durhaka ad yg melakukan 1 jenis kedurhakaan secara terus menerus & ada pula yg melakukan berbagai jenis kedurhakaan.
Terlalu sering melakukan kedurhakaan boleh berubah mnjadi kebiasaan yg tidak dpt ditinggalkan, seterusnya mnjadikan hati sirna drpd merasa kesan buruk kedurhakaan itu, & akhirnya pelakunya berani berbuat secara terang-terangan, sehingga dia masuk dlm golongan yg disebut oleh Rasulullah dlm hadis diatas.
Persoalan utama, adakah kita mampu berubah tanpa 'afiat iaitu perlindungan & hidayah Allah? jadi? 
Ayuh, kita berubah kerana Allah!! 
Ayuh menjaga batas-batas syariat yang Allah gariskan & tentunya mengamalkan apa yang kekasih Allah swt amalkan!! Akhlak Rasulullah saw ialah akhlak Al-Qur'an dan Baginda sentiasa amanah dan amin (benar) dalam tindakan, pengucapan lisan dan pengakuan.
"Ayuh SIHAT TANPA MAKSIAT!!"
wallahua'lam.

Iman di Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Segala puji & syukur hanyalah milik Allah. Alhamdulillah, dengan hidayah, limpah kurnia & kasih sayang Allah, Allah masih izin diri, keluarga, murabbi dan guru, dan sahabat untuk menumpang lagi di muka bumi Allah.

Pada detik ini, alhamdulillah kita berpeluang bertemu dengan tahun baru Islam 1433 Hijriyyah. Kini, kita diambang bulan suci, bulan Muharram. Dengan du'a akhir & awal tahun yang dipohon kepada Allah, dihajatkan agar Allah dapat mengabulkan, menghadiahkan hidayah, mengurniakan kesungguhan, meredhai, memberkati, dan mempermudahkan segala urusan kita. amiin.

Insan agung, Rasulullah saw bersabda:
3 perkara siapa yg ada padanya akn dpt merasai kemanisan iman, iaitu:

1. Bahawa Allah dan RasulNya lebih dikasihi drpd yg selainnya.

2. Seseorang itu kasih kpd seseorang dan tiadalah ia kasih kpdnya melainkan krn Allah iaitu mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu kepentingan, tetapi hanyalah kerana Allah.

3. Bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuran sebagaimana ia benci untk dimasukkan ke dlm api neraka." [Riwayat Bukhari]

Kata IHAB sangat segar di ingatan dan hati. Kemanisan ini dirasai di dunia dan akhirat. Manisnya dirasai di hati seperti manisnya gula yang dapat dirasai dengan lidah. Indahnya jika hati ini dapat sentiasa merasa manisnya iman, rasa seronok berbuat kebaikan dan mencari keredhaan Allah di setiap amalan.

Teringat tulisan IHAB mengenai asas-asas keimanan. Beliau menyentuh mengenai Iman yang benar yang ciri-ciri keimanan iaitu:

1. Bersih dari syirik khafi (syirik tersembunyi) seperti riya' dan syirik jali (syirik terang-terangan) seperti menyekutukan Allah dengan sesuatu.

2. Meresap dalam hati dan bertakhta dalam jiwa.

3. Mengerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah.

4. Menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan mata.

5. Memenuhi jiwa dengan perasaan tenang, tabah & tetap pendirian.

6. Memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini berkorban apa sahaja demi jalan Allah swt.

7. Menambahkan pergantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah.

Pengertian iman yang benar ini  mesti memenuhi hati seseorang Muslim. Jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kehidupan di dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sugguh indah dan cahaya yang tenang akan memenuhi batin seseorang Muslim.

Dan IHAB, seorang 'alim yan sangat dihormati & bersungguh-sungguh dalam tulisannya menambah bahawa apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah Muslim dan sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekalipun kulit Muslim itu hitam atau sawo matang.

Dan di akhirat nanti, kemanisan iman akan dapat dirasakan lebih manis daripada madu.

Antara tanda-tanda lahirnya kemanisan iman ialah kecintaan seorang Mu'min untuk melakukan ibadah, rasa selesa dan tenang untuk melakuakn ibadah dan rasa rindu dan lapang dada dalam beribadah.

Kita tidak boleh rasa pelik dan anggap perkara ini khayalan semata-mata kerana sememangnya iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh Ruh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Iman adalah kemanisan dan kemanisan itu akan bertambah apabila iman bertambah kuat & termeteri.

Merujuk 100 targets yang saya coretkan 5 bulan dahulu, alhamdulillah ada yang sudah terlaksana ^_^ dan ada juga yang masih di takuk perlu disegera ^_~ & di tahap masih tidak dimula T_T. Gi mana ya??

Namun, Alhamdulillah, Allah izin saya berpeluang bersama dan mencipta kenangan dengan sahabat-sahabat saya. Walaupun mungkin tidak banyak, tetapi saya harapkan ia memberi kesan di hati saya dan motivasi buat saya untuk sentiasa memperbaiki diri. Belajar bersama, berprogram, bermusafir & bermalam bersama, makan, bermain & berkongsi masalah & solusi. Mereka semua berpotensi dan sangat menghargai diri sahabat.

Indahnya persahabatan yang bertaut di hati ini. Saya du'akan mereka semua & kita semua bahagia dan cemerlang di dunia & akhirat. Cemerlang dalam mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap amal soleh yang dilakukan.

Bersyukur dengan nikmat yang dikurnia Allah dan sentiasa bersabar dengan segala ujian yang Allah hadirkan. Indeed, setiap ujian adalah tanda Allah menyayangi kita. Apabila diuji, kita senang dan mudah mengadu kepada Allah. Mesti yakin bahawa ada hikmah indah yang tersembunyi dalam setiap mehnah (ujian). Mesti sentiasa bersungguh-sungguh lagi untuk mencapai cita-cita mulia dan murni diiringi dengan konsistensi hanya keranaNya.


Dari Abi Hamzah Anas bin Malik radiyallahu 'anh khadam Rasulullah saw dari Nabi saw, sabdanya: Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Jadilah mereka yang suka memberi bukan hanya dan asyik menerima. Namun, sifat malu mesti sentiasa ada sebagai batas. Malu mesti seiring dengan iman. Sayangkan semua tidak bermakna kita perlu mengadai harga diri. Jadilah seorang yang bersederhana, menghormati semua dan bersangka baik keranaNya. Walaupun tidak nampak dari zahir, dalam hati hanya Allah yang tahu. Dan Allah sahajalah yg memiliki hati-hati kita.

IMAN bekasnya HATI. Rasulullah saw bersabda: IMAN bukanlah sesuau yang kita angan-angankan dan cita-citakan, tetapi IMAN adalah dalam HATI dan dibuktikan dengan PERBUATAN.











Rasulullah saw banyak menyebut mengenai IMAN, Rasulullah saw memang Doktor Hati yang ulung. Baginda mengubat hati-hati umat dengan penuh hikmah dan sabar. Bahkan Rasulullah saw melarang umatnya dari kemarahan. Larangan ini sungguh besar faedahnya. Kerana kemarahan bukan menambahkan kebaikan, tetapi memburukkan lagi keadaan.

Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anh, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kpd Nabi sallallahu 'alayhi wasallam: Berilah wasiat kepada aku. Sahut Nabi: Janganlah engkau marah. Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: Janganlah engkau marah. Diriwayatkan oleh Bukhari. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Thalaq ayat 2 hingga 3, : "Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia kurniakan dia dari jalan yang ia tidak sangka-sangka."

Dan dalam Surah al-Hud, ayat 114, Allah swt berfirman: "Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan."

Di samping itu pernah Rasulullah saw mengajar kepada 'Umar satu du'a mengenai pemeliharaan ini, iaitu:

"Ya Allah! Peliharakanlah aku dengan Islam waktu aku berdiri, dan peliharakanlah aku dengan Islam di waktu aku duduk, dan peliharalah aku dengan Islam waktu aku tidur, dan janganlah engkau menuruti musuh dan orang dengki terhadapku."

Kesimpulannya, pemeliharaan Allah akan agama Islam bagi seseorang adalah perkara yang amat penting dan utama. Pemeliharaan ini bererti terpelihara imannya pada bila-bila masa hingga mati dengan sempurna amal-amalnya yang dituntuti kepadanya.

"Jika kita ingin lihat wajah Allah di Akhirat, kita mesti lihat Allah dimana-mana di dunia ini"

Wallahu a'lam bissowab.

Thursday, November 10, 2011

Perutusan Aidiladha 1432H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah dengan izin Allah telah bertemu kita dengan Eidul Adha pada tahun Hijrah kali ini.


“11112011 (11 November 2011) bersamaan 15 Dzul Hijjah 1432 Hijriyyah!!!!” ^_^
Alhamdulillah dengan hidayah, limpah kurnia, & kasih sayang Allah, Allah masih memberi nikmat Iman & Islam & keizinan untuk bernafas & menumpang di muka bumi Allah =>

Selawat & Salam ditujukan kepada kekasih Allah, Rasulullah saw, ahli keluarga & para sahabat Baginda. 
Alhamdulillah dengan sifat sabar, positif, optimis, jiddiyyah, bersungguh-sungguh yang ada pada Baginda, alhamdulillah, walaupun sudah 1400 tahun meninggalkan kita, kita masih dapat merasai duduk & berada dalam proses didikan sepertimana Rasulullah saw mendidik ahli keluarga & para sahabatnya dahulu.

Indeed,
"Tarbiyyah bukan segala-galanya, namun segala-galanya bermula daripada Tarbiyyah"
~Sheikh Mustafa Masyhur~

Mg Allah redha & memberkati segala amal kita. amiin.
Inshaallah disini dikongsikan perkongsian mengenai Aidiladha. Perutusan Aidiladha 1432H Presiden Haluan.


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Pertamanya, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan suatu nikmat kepada kita untuk menyambut satu lagi perayaan di dalam Islam iaitu Aidiladha.

Marilah sama-sama kita meraikannya dengan penuh kesyukuran, kehambaan dan keimanan kepada Allah SWT. Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik RA berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya perayaan ini mereka (bergembira) pada waktu  zaman jahiliah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.)



Perayaan ini merupakan kesinambungan perayaan-perayaan yang disambut sebelum zaman Nabi Muhammad SAW. Namun, kehadiran Islam telah membentuk satu sambutan perayaan yang berteraskan keimanan dan perhambaan kepada Allah SWT semata-mata.

Ibadah korban dilakukan bersempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail AS kerana taat kepada perintah Allah. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Di sebalik sirah ini, dapatlah kita memperolehi suatu gambaran berkaitan suatu hakikat pengorbanan yang tulen, ikhlas dan bersungguh-sungguh hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.  Inilah hasilan daripada keimanan yang hidup dan mampu melaksanakan suatu perintah Allah SWT tanpa ragu-ragu.

Pengorbanan sebegini harus kita jelmakan di dalam kehidupan seharian di dalam usaha menjadikan seluruh kehidupan ini sebagai medan berubudiyah kepada Allah SWT. Justeru, pengorbanan apakah yang dituntut?

 Al Imam Hassan al-Banna menjelaskan dengan katanya di dalam Risalah Ta’alimnya:
“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.”

Pengorbanan seseorang mukmin yang dilakukan sama ada dari aspek wang ringgit, harta, tenaga, buah fikiran, masa dan sebagainya perlu dilakukan tanpa rasa terbeban dan terpaksa. Keikhlasan di dalam melakukan pengorbanan akan dihiasi dengan perasaan senang hati, jiwa yang bahagia serta hati yang tenteram. Baginya, pengorbanan itu adalah suatu kenikmatan dan kemanisan dalam proses penghambaan kepada Allah SWT.

Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”  (At-Taubah (9) :111)

Menelusuri sirah para sahabat Rasulullah SAW, dapatlah kita saksikan bentuk-bentuk pengorbanan mereka di dalam menyebarkan, mempertahankan dan meninggikan kalimah Allah SWT. Saidina Abu Bakr RA telah mengorbankan dan membelanjakan seluruh hartanya untuk Islam, lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya : “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?”
Lalu beliau menjawab : “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah SWT dan Rasul-Nya.”

Musab bin Umair, seorang pemuda yang mendapat jolokan permata Makkah yang dilimpahi dengan kekayaan dan kemewahan pemberian ibu bapanya, akhirnya melakukan pengorbanan meninggalkan semuanya sebagai bukti keimanannya kepada Allah SWT dan Rasulnya.

Begitu juga dengan para muslimah pada zaman Rasulullah SAW seperti Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Summayyah dan lain-lain, kehidupan mereka sudah termaklum dan dimakmurkan dengan pengorbanan yang bernilai. Jelas kepada kita, sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan demi memenangkan deen Allah SWT.

Pengorbanan yang dilaksanakan oleh para sahabat bukanlah berlaku secara kebetulan atau magis. Ia merupakan suatu hasilan daripada didikan keimanan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA. Proses inilah yang membentuk dan membina keyakinan dan kepercayaan yang luar biasa kepada mereka dalam melakukan pengorbanan untuk deen Allah SWT.

Sesungguhnya, di dalam menggapai kemenangan, proses perlaksanaan pengorbanan sangat-sangat dituntut. Pengorbanan merupakan prasyarat kepada kemenangan. Pengorbanan yang ikhlas dan mendambakan keredhaan Allah SWT akan disusuli dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT.

“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah SWT, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah (2) : 207)

Akhirnya, kemenangan itu akan disambut  dengan laungan takbir membesarkan Allah SWT dan ucapan tasbih memuji keagungan-Nya. Marilah kita pertingkatkan pengorbanan kita dalam melaksanakan tuntutan ubudiyah ini dengan harapan hanyasanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT.  Semoga dengan pengorbanan itu kejayaan dan kemenangan sama ada di dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali akan menjadi milik kita secara waqie.  InsyaAllah. Selamat berkorban demi meraih keredaan Allah SWT.

Salam Aidiladha buat seluruh ummat Islam di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia.

Semoga ruh pengorbanan yang sejati akan menjelma pada setiap tindakan seharian kita. InsyaAllah  

Dr Abdullah Sudin Abd Rahman 
Presiden HALUAN Malaysia
10 Zulhijjah 1432H 
6 November 2011